“Saya Tak Dapat Tidur, Menangis Ingat Mereka”- Ebit Lew Dakwah Anak Muda Di Kelab Malam

Islamik Nasihat & Panduan

 

Dengan tagline ‘keluarga sunnah’, dan sentiasa menyeru umat Islam untuk mengikut cara hidup Baginda Nabi SAW, sudah cukup membuatkan Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew atau nama komersialnya ‘Ustaz Ebit Lew‘ disegani dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Beliau pernah berkongsi cerita dengan para pendengar mengenai kehidupan yang dilaluinya sehingga berada pada tahap kini di ruang radio Ikim.fm dalam Slot Islam Agamaku. Sungguh, siapa sangka beliau yang asalnya berketurunan Cina ini dijentik dengan hidayah Allah SWT ketika berusia 12 tahun.

Ada yang cabut lari ada yang ajak bergambar

Menangis jer. 1 pagi tadi rasa sebak sedih sayu jer hati bila pergi dakwah di club. Penuh sangat anak muda Islam beratur dan keluar masuk club. Sesak anak muda dekat sini. Ramai anak remaja baik-baik jer bila beri nasihat. Senyuman dan wajah mereka macam anak di rumah. Ada yang ajak bergambar. Ada ramai juga cabut lari.

Pada masa kecilnya, beliau merupakan seorang murid yang nakal namun terbuka hati untuk mulai belajar mengenal Islam melalui salah seorang gurunya. Dan bermula saat itulah, beliau tekun mempelajari tatacara solat serta mengajak ahli keluarganya yang lain untuk mendekati agama suci Islam.

Sedih Melihat Anak Anak Muda Melayu Keluar Dari Kelab Malam

Sebak bila berbual dengan beberapa remaja perempuan 20an. Ustaz,kami tak solat langsung. Kami kotor dengan dosa. Allah maafkan kami tak. Kami berzina, mabuk,ambil pil &dadah.Boleh solat tak. Adik baik Allah sayang. Dia beri adik iman. Syukurlah pada Allah dan mula jaga solat. Jangan pernah tinggal solat. Doalah Allah beri kekuatan tinggal maksiat yang lain-lain. Bahagia bila dekat diri pada Allah. Taat juta kali lebih nikmat dari maksiat. Taubat itu sangat bahagia. Seorang tu sebak dan menangis minta doakannya

Maafkan diri ini..

4 pagi tadi tengok anak muda mula keluar club mabuk menjerit-jerit. Semua muda lagi. Laki perempuan ada yang bercium-cium. Seram tengok. Sayu tengok suasana anak muda Islam begitu. Pakaian sexy sangat. Macam dekat amerika. Semua muda-muda lagi pangkat adik-adik. Saya teringat anak-anak dekat rumah jer. Dah tua saya, begini nasib anak muda Islam. Apalah nak jawab pada Nabi saw dan sahabt rhum esok. Maafkanlah diriku ya Allah.

Mereka Kurang Kasih Sayang dan didikan

Sedih dalam 100 orang saya jumpa dan dakwah hampir semuanya dah lama tinggal solat. Ada beberapa orang solat satu atau dua waktu. Sedihnya. Paling sedih bila ada yang mak ayah dah meninggal. Ada yang ayah garang kuat belasah anak-anak, mak ayah jauh dekat kampung. Ada yang mak ayah dah meninggal dunia. Ada juga yang memang mak ayah mereka tak kisah. Ramai yang sebenarnya baik kurang kasih sayang. Sanggup habis sekurangnya rm200 seorang. Arak macam air mineral minum

Dari semalam saya belum dapat tidur menangis ingat mereka. Sayang dan kasihan mereka. Menangis jer balik dakwah anak muda semalam. Mereka baik-baik. Suka dengar nasihat. Rindu nak tanya soalan-soalan agama. Ya Allah bantulah dan berkatilah hidup anak-anak ini semua. Selamatkanlah mereka dari dunia ini arak, maksiat,dadah, tak solat

Ingin kan Hiburan Bersama Rakan

Kebanyakkan mereka yang mengunjungi kelab malam ada terpengaruh dari rakan2 dan kurangnya didikan agama. Ramai pengunjung ke pusat hiburan ini adalah di kalangan remaja islam.Mereka mengunjungi pusat hiburan kelab malam kebiasaanya pada hari minggu.Mereka menjadikan kelab malam ini sebagai acara wajib mingguan atau bulanan.Rata-rata mereka ini hendak berhibur dan untuk “enjoy” bersama rakan-rakan sebaya mereka.Kenapa perlu ke pusat hiburan kelab malam? Kenapa perlu pergi tempat tidak elok seperti itu?

Kredit:  AwatSyeikhh

Video: NukilanUstaz via sembangkenchang