“Saya tak kata dia syok sendiri. Apa yang boleh saya cakap, saya tidak mahu menafikan..”- Zul Ariffin Jawab Panggilan Manja Wanita Ukraine.

Hiburan

Aktor, Zul Ariffin tampil memberikan penjelasan berhubung status dirinya yang kini menjadi teka-teki.

Isu mengenai hal tersebut mulai diperkatakan ramai apabila wanita asal Ukraine yang sering dikaitkan dengannya, iaitu Tanya Glembotska, memuat naik foto mesra selain kapsyen romantis melibatkan hubungan mereka berdua di media sosial.

Perkongsian itu antara lain berbunyi;

“I want to say thanks to my husband. I am very happy with you.” (Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada suamiku. Saya sangat gembira bersama kamu).”

Perkongsian itu nyata laju mencetuskan spekulasi di kalangan pencinta seni, apatah lagi wanita itu turut memanggilnya dengan gelaran manja berbaur romantik.

Mengulas hal tersebut, Zul mempunyai jawapannya sendiri.

“Saya pun tak tahu lah nak cakap. Samalah dengan kita di Malaysia. Ada yang panggil ‘B’ , ‘Sayang’ atau ‘I dan You’. Orang nak gelar, suka hati dialah kan…,” katanya.

Zul bagaimanapun tidak mahu melabelkan panggilan dari wanita terbabit sebagai syok sendiri.

“Saya tak kata dia syok sendiri. Apa yang boleh saya cakap, saya tidak mahu menafikan itu dan ini. Orang luar boleh assume benda tu.

“Apa yang dilihat, itulah dia. Walau ada yang akan cakap poyolah dia ni. Dah benda tu ada dekat situ… tengok sajalah,” jelasnya lagi.

Ditanya mengenai bilakah peminat dapat melihat aktor bertubuh sasa ini mendirikan rumah tangga, Zul mengakui dia sudah lama merancang untuk melayari bahtera perkahwinan.

“InsyaAllah. Apa yang boleh saya janjikan kalau saya kahwin saya tidak akan sorok-sorok. Saya akan beritahu. Itu sudah tentu.

“Perancangan untuk kahwin saya dah rancang dah lama. Dalam tujuh ke lapan tahun lalu tapi tak jadi-jadi. Kita hanya boleh merancang sajakan,” kongsinya jujur.

Terdahulu Zul ditemui media pada majlis Malam Gala Misteri Delaila di MMCineplex, Damansara.

Turut sama hadir pada majlis berkenaan ialah rakan pelakon, pengarah dan rakan media.

Misteri Delaila arahan Shafiq Yusuf merupakan sebuah filem misteri thriller yang menampilkan kerjasama Astro Shaw dan Skop Productions.

Selain Zul, filem yang bakal menjengah pawagam bermula 21 Februari ini turut menampilkan Elizabeth Tan, Sasqia Dahuri, Datuk Rosyam Nor, Namron dan ramai lagi.

sumber : media hiburan