“Saya Telah Mengecewakan Dia Buat Kali Ketiga” Erra Fazira Mengaku Bersalah, Mohon Maaf Pada Umie Aida.

Hiburan

Primadona filem Melayu, Erra Fazira tampil memohon maaf kepada Datin Seri Umie Aida.

Mengakui kesalahan yang dilakukan terhadap Umie, Erra memuat naik kenyataan maaf terbabit menerusi ruangan Instagram Stories serta sebuah entri terbaru di laman sosial terbabit.

“Kepada semua, saya mohon maaf diatas segala apa yang terjadi. Saya manusia biasa yang ada buat salah dan pernah menyakiti hati teman saya, Datin Seri Umie Aida.

“Umie pernah memaafkan saya sebelum ini dan saya telah mengecewakan dia buat kali ketiga. Umie memendamkan perasaan ini dan dia juga pernah text saya dengan baik,” kata Erra.

Tambah pelakon filem Cinta Kolestrol ini, dia berharap dengan pengakuan yang dilakukan, semuanya menghentikan perbalahan.

“Tiada bukti, dia tak akan bersuara. Saya harap dengan pengakuan ini, hentikan perbalahan semua ya.

“Saya belajar kesilapan saya dan saya baiki kekurangan saya. Ternyata saya banyak kekurangan dan saya harus terus baiki diri.

“Saya mohon maaf sekali lagi pada semua juga Umie,” tulis Erra.

Sebelum ini, Umie menimbulkan tanda tanya apabila dia meluahkan perasaan apabila dikhianati oleh sahabat sendiri.

Tidak menyebut siapakah gerangan sahabat terbabit, ramai yang mendakwa Erra merupakan individu yang dimaksudkan oleh Umie apabila mereka sudah tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing.

sumber : Astro gempak