Majlis Pernikahan Tidak Akan Berlangsung, Terpaksa Di Tangguhkan – Zara Zya

Hiburan Semasa Tempatan

 

IMPIAN dan perancangan pasangan selebriti Zara Zya dan Hafreez Adam untuk menamatkan zaman solo tahun ini terpaksa ditangguhkan g4ra-g4ra jadual kerja terlalu padat.

Zara ketika ditemui berkata, perancangan untuk berkahwin terpaksa ditunda ke tahun depan dan berharap segala perancangan menuju ke gerbang perkahwinan dipermudahkan.

“Kalau diikutkan memang kami merancang untuk bernikah tahun ini tetapi masing-masing sibuk dengan kerja.

“Bagaimanapun, baru-baru ini Hafreez ada bertemu dengan keluarga saya untuk membincangkan beberapa perkara seperti majlis merisik sebelum majlis pernikahan.

“Majlis perkahwinan tidak akan berlangsung tahun ini. Kami enggan terburu-buru kerana soal nikah kahwin adalah satu tanggungjawab yang besar dan memerlukan persiapan rapi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk pelangsingan badan yang diasaskan olehnya bertempat di Hotel Majestic, di sini, semalam.

Menurut Zara, selepas impian untuk bernikah tahun ini tidak tercapai, dia dan Hafreez enggan meletakkan sas4ran atau tarikh spesifik bagi hari bahagia mereka.

“Bermula awal tahun ini saya sibuk dengan urusan perniagaan manakala Hafreez pula terikat dengan penggambaran drama 80 episod.

“Tanpa kami sedar, masa berlalu dengan cepat dan sudah memasuki pertengahan tahun. Jadi, bagaimana nak merealisasikan hasrat berkahwin dalam tahun ini.

“Oleh itu, saya tidak mahu memberikan tarikh kerana enggan menimbulkan salah faham. Nanti, ada yang mengeluarkan spekul4si dan andaian kurang enak sekali gus timbul fitn4h.

“Kata-kata itu ibarat doa, jadi saya mahu yang baik-baik buat saya dan Adam,” katanya.

 

Sumber: HMetro

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!