“Sayu Bila Dengar Suami Iqamatkan…” – Mengalir air mata Lana Nodin saat suami Iqamatkan bayi mereka

Hiburan

Pelakon Lana Nodin selamat bersalin anak kedua.

Menurut Lana, dia akui sebak sebaik sahaja mendengar suaminya David McKienzi melafazkan Iqamat kepada anak keduanya.

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin berkongsi video momen indah tersebut di akaun Instagramnya semalam (Rabu).

“Terharu dan sayu bila mendengar suami tercinta Iqamatkan seorang lagi insan yang akan menjadi penyeri dalam keluarga kami,” tulisnya.

Video tersebut jelas merakamkan wajah Lana yang menahan sebak ketika suaminya memangku anak mereka sambil melafazkan Iqamat di telinga permata hatinya.

Bagaimanpun Lana masih belum mendedahkan jantina dan juga wajah anak keduanya.

Dalam pada itu, ruangan komen Lana dihujani dengan ucapan tahniah dan peminat juga turut menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat wajah comel bayi aktres tersebut.

Lana bernikah dengan David McKienzie atau nama Islamnya, Mohd Daud Mckinzie pada 15 Mei 2015.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan Gia Quinn McKienzie yang kini berusia 2 tahun.

Sanggup Ambil Ris1ko! Ini Permintaan Lana Nordin Sebelum Bersalin

Umumnya kita sudah mengetahui bahawa pelakon Lana Nodin kini menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat bersama suaminya dan anak perempuannya. Walaupun sarat hamil, Lana nekad mahu melahirkan bayi keduanya di tanahair.

Lana yang baru sahaja pulang ke Malaysia Oktober yang lalu, berkata dia mengambil risiko yang tinggi untuk terbang ke Malaysia walaupun sedang sarat mengandung.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan penerbangan dari LA ke Kuala Lumpur. Saya mahu bayi saya dilahirkan di Malaysia, di hadapan orang yang saya sayangi, dan saya mahu ‘berpantang’ di sini juga, ” katanya kepada NST.

“Lebih mudah untuk ‘berpantang’ di sini. Ahli keluarga ada bersama dengan saya akan membantu, dan saya juga sentiasa percaya dengan kaedah rawatan tradisional. “

Lana dan suaminya Mohd Daud (David) McKienzie mengucapkan terima kasih kepada Pusat Perubatan Rampai Puteri kerana menaja kelahiran bayinya yang akan datang pada bulan depan.

Lana dan Mohd Daud, 39, bernikah pada 15 Mei 2015. Mereka dikurniakani seorang anak perempuan, Gia Quinn McKienzie, 2.

Foto: Instagram @lananodinmckienzie