Sudah Mula Dijual, ‘Army’ Ser4ng McDonald’s Seawal 10 Pagi Kerana BTS Meal

Akhirnya saat yang dinantikan oleh peminat K-Pop telah tiba apabila menu ‘The BTS Meal’ mulai dijual di kesemua cawangan McDonald’s. Baru sahaja menu tersebut dijual pada jam 10 pagi tadi, rata-rata peminat sudah membanj1ri McDonald’s terdekat untuk membelinya.

Bukan itu sahaja, laman sesawang McDonald’s kini juga dikhabarkan sedang mengalami masaIah tekn1kal disebabkan terlalu ramai yang menggunakan website tersebut untuk membeli secara pengh4ntaran.

Rata-rata peminat yang berjaya mendapatkan ‘The BTS Meal’ ini sudah berk0ngsikan kegembiraan mereka di media sosial. Para peminat cukup tervja kerana dapat membeli menu tersebut dan akan menyimpan kotak makanan tersebut sebagai ‘merch4ndise’.

Bagi anda yang tidak tahu, ‘The BTS Meal’ ini hadir dengan 10 keping McNugget, kentang goreng bersaiz sederhana, air minuman serta disertakan dengan dua pilihan sos istimewa, sweet chili dan chajun yang diilhamkan daripada McDonald’s Korea Selatan.

Hasil tinjauan kami di McDonald’s Jalan Reko Kajang, masih belum ramai beratur untuk mendapatkan ‘The BTS Meal’ ini dan mungkin anda yang tidak mahu berses4k bolehlah ke sini.

Kami telah mencuba ‘The BTS Meal’ ini dan bagi kami sos istimewa chajun yang disertakan dalam menu ini harus anda cuba. Tidak pedas tetapi rasa masam manis sangat memang satu gabungan yang cukup sempurna serta sangat berbal0i untuk anda cuba.

Para peminat BTS di luar sana yang belum berkesempatan untuk mendapatkan ‘The BTS Meal’ ini bolehlah dapatkan segera sebelum ia habis terjual. Tunggu apa lagi?

 

Sumber: The Vocket

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.