Sebelum Scha & Neelofa, Aleeza Kassim Terdahulu Mencipta Nama Dalam Dewi Remaja..48 Tahun So Gojes!

Pencinta seni hiburan tempatan pastinya mengenali figura seksi, Aleeza Kasim sangat sinonim dengan penampilannya yang trendy dan sentiasa up to date, sesuai dengan penglibatannya dalam dunia modeling.

Meski sudah mencecah usia 48 tahun, namun anak kelahiran Kuala Lumpur seperti tidak dimakan usia, malah tampak kekal aktif dengan kehidupannya sehari-hari.

Yang paling penting, sebelum bermulanya era Scha Alyahya dan Neelofa, namanya memang disebut-sebut sejurus menjuarai program realiti Dewi Remaja 1987/88.

Selain Aleeza, beberapa nama sinomim lain yang turut mencuba nasib dalam pencarian tersebut pada edisi sama ialah Azah Aziz dan Sharifah Shawati.

Jadi, jom lihat gambar-gambar terkini Aleeza itu yang kekal cantik, slim dan hot!

Aleeza juga pernah berlakon dalam beberapa filem dan antara yang popular ialah Panas, XX-Ray dan Cinta Kolesterol. Lahir di Kuala Lumpur pada tahun 1970, kini Aleeza Kasim berumur 47 tahun.

Perkembangan terbaru, wanita jelita ini juga menubuhkan akademi peragaan Vogue / Work.

Aleeza masih aktif dalam dunia peragaan dan sering tampil menjadi juri dalam program realiti TV. Gambar-gambar ini membuktikan usia bukan penghalang baginya untuk tampil bergaya dan nampak lebih muda. Memang maintain kejelitaannya

Foto : Instagram Aleeza Kasim

error: Content is protected !!