” See You There ” Respon Selambe Sharifah Sakinah Bila Netizen Komen Pakaiannya Bagai ‘Neraka’.

Hiburan

 

Pelakon Sharifah Sakinah dikecam netizen selepas memuat naik foto sedang menggayakan pakaian dalam sukan atau ‘sport bra’ satu jenama terkenal di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi foto tersebut, Sakinah kelihatan melakukan satu ‘pose’ untuk mempromosikan pakaian dalam tersebut.

Rata-rata mengecam pakaiannya kerana dikatakan tidak sopan dengan imej wanita Islam.

Namun dalam banyak-banyak  komen itu, satu komen yang menarik perhatian Sakinah sehingga dia membalasnya adalah komen daripada pengikut IGnya yang memberitahu mengenai neraka.

Bagaimanapun terdapat juga netizen dalam masa yang sama, kagum dengan bentuk badan Sakinah yang fit walaupun sudah beranak satu.

Sakinah dan suaminya, Aliff Adha, 29, juruterbang, mendirikan rumah tangga pada Mac 2015.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata Anai Adha