Sekampung turun buat s4ringan C0vid-19 gara-gara ini

TANAH MERAH – Tular di Facebook pada Khamis beberapa gambar menunjukkan penduduk di Kampung Chedok, Bukit Bunga, Tanah Merah di sini keluar untuk menjalani ujian sar1ngan kerana khuatir dijangk1ti C0vid-19.

Sumber Sinar Harian berkata, langkah itu diambil penduduk selepas kampung itu dipercayai mempunyai kes jangk1tan w4bak berkenaan yang berkaitan dengan kepulangan perantauan.

“Ada antara penduduk kampung bersebelahan secara sukarela hadir melakukan ujian sama bagi memastikan mereka juga bebas w4bak tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Menurut sumber Sinar Harian, rata-rata penduduk mengambil langkah berjaga-jaga kerana khuatir mereka dijangk1ti w4bak tersebut.

Gambar yang menunjukkan penduduk kampung berbaris untuk menjalani ujian tersebut mula tular dan dikongsi pelbagai pihak selain mendapat komen yang pelbagai daripada netizen.

Netizen masing-masing menasihatkan agar mereka melakukan ujian swab tersebut demi kesel4matan masyarakat setempat.

Tidak kurang juga yang mendoakan kesel4matan mereka dan menasihatkan penduduk kampung supaya sentiasa berhati-hati untuk melakukan sebarang aktiviti harian mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Gambar yang tular di Facebook dan dikongsi pelbagai pihak menunjukkan penduduk kampung beratur untuk menjalani ujian sar1ngan C0vid-19.

Menurut portal Malaysiakini, seorang penduduk mahu dikenali sebagai Khairul, 30-an, berkata, mereka diarahkan berbuat demikian hari ini dan uj1an itu dibuat oleh petugas kes1hatan di sebuah surau berdekatan.

“Saya difahamkan ujian ini disarankan oleh pihak berwaj1b selepas beberapa orang perantau yang pulang ke kampung ini didapati p0sitif.

“Jadi hari ini penduduk secara sukarela tampil untuk buat ujian saringan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Sementara itu, penduduk berkenaan berkata mereka bimbang dengan penularan C0vid-19 di kampung tersebut susulan ‘pembawa’ dikatakan berada di banyak lokasi sepanjang pulang ke kampung.

“Sebagai penduduk, semestinya menjadi keb1mbangan dan penduduk mengambil tanggungjawab untuk jalani uj1an sar1ngan.

Malaysiakini

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin ketika dihubungi berkata, maklumat lanjut mengenai kes tersebut akan dimaklumkan pihaknya dari semasa ke semasa.

Dalam perkembangan yang sama, Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan turut mengumumkan Kelantan mencatatkan pertambahan 85 kes baharu sehingga jam 12 tengah hari Khamis.

Pertambahan kes tersebut amat membimbangkan banyak pihak terutama kerajaan negeri yang telah memberi amaran awal jika jumlah kes tersebut tidak berkurangan, kemungkinan besar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga dilaksanakan di negeri ini.

Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin dalam satu entri Facebook beliau turut mengingatkan sekali lagi supaya rakyat sentiasa menjaga keselamatan termasuk membatalkan program yang tidak sepatutnya dijalankan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

 

Sumber: Sinar Harian, Mkini

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf