
Kem4tian kerbau-kerbau peliharaan keluarga Mowgli Malaysia, Syukor Khamis, 15, sejak minggu lepas amat mengejutkan banyak pihak. Mana tidaknya, kem4tian akibat wabak Hawar Berd4rah ini telahpun mengakibatkan hampir 50 ekor kerbau m4ti.
Apa yang lebih menyedihkan, kerbau yang menjadi kesayangan Syukor juga telah m4ti pagi tadi iaitu Semek dan pada pukul 5 petang tadi Tongkol pula menyusul pergi.
Satu demi satu menyusul
Menerusi Harian Metro, kerbau yang dirakam gambarnya bersama Syukor oleh seorang jurugambar profesional, Yusuf Madi baru saja tular selepas memenangi gambar terbaik bulanan untuk Ogos yang dianjurkan Asian Geographic serta diumumkan pada 1 September lalu.
View this post on Instagram
‘Hari paling sedih dalam hidup saya’#semekdalamKenangan# http://www.hmetro.com.my/node/621063
“Hanya Allah yang tahu perasaan saya…”
Syukur telah menyatakan bahawa dua kerbau kesayangan dan paling banyak berjasa kepadanya m4ti pada hari ini.
“Semek ditemui m4ti pagi tadi, Tongkol pula m4ti kira-kira jam 5 petang.”
“Saya sedang memandikan Tongkol sebelum ia tiba-tiba menggelupur dan m4ti.”
“Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya ketika ini. Rasa sangat s3dih dengan apa yang berlaku sekarang”
Dia berkata, kerbau jantan berusia enam tahun itu mengalami tanda-tanda penyakit HS seperti selsema sejak tengah hari semalam.
“Sejak pagi tadi saya bersama adik-beradik lain berusaha menenangkan Tongkol dengan menyuap minuman dan sentiasa membasahkan badannya dengan harapan Tongkol boleh diselamatkan.
“Ingatkan Tongkol mampu bertahan tetapi sebaliknya apabila m4ti pada petang ini,” katanya.
Menurutnya, keistimewaan kerbaunya itu kerana ia antara ternakan yang mudah untuk diuruskan ketika sesi bergambar.
“Baru saja gambar saya meniarap di atas badan Tongkol dipilih gambar terbaik bulan Ogos seterusnya layak ke pusingan akhir pertandingan itu pada Mac tahun hadapan.
“Bagaimanapun apa boleh buat, sudah ajal Tongkol untuk m4ti hari ini kerana penyakit itu.
“Sekarang tinggal Baba dan Along yang masih bertahan. Hanya tinggal gambar sebagai kenangan saya bersama Tongkol,” katanya.
Berita yang sangat sedih
Menerusi Instagram Yusuf Madi iaitu jurugambar yang merakamkan gambar Syukor berbaring di badan Tongkol tempoh hari, telah mencoretkan rasa sedihnya diatas kem4tian Tongkol.
Menurutnya, dia tidak menyangka bahawa gambar itu adalah gambar terakhir sebelum kerbau kesayangan Mowgli Malaysia m4ti disebabkan Hawar Berd4rah petang tadi.
Dalam pada itu Yusuf turut mengakui bahawa gambar yang dirakam telah memberikan kegembiraan kepada mereka semua lebih-lebih lagi berjaya mengharumkan nama negara dengan hasil gambar yang cukup indah itu.
Di akhir coretannya, dia berharap agar keluarga Syukur dapat menghadapi dugaan ini dengan tabah dan bersabar diatas apa yang sedang berlaku kepada mereka semua.
“Semoga Adik Syukor, Pak Khamis, mirah dan keluarga sentiasa dikurniakan kekuatan dan kesabaran oleh Allah SWT. Saya mendoakan kesejahteraan buat mereka.”
Sumber: Harian Metro, Syukur Khamis, Yusuf Madi, OMM
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.