“Semoga Roh Abah Ditempatkan Dikalangan Orang Beriman...”- Bapa Mertua Adam Corrie Meninggal Dunia

“Semoga Roh Abah Ditempatkan Dikalangan Orang Beriman…”- Adam Corrie.

Lawak & Seram

Pelakon Adam Corrie Lee mengesahkan bapa mertuanya meninggal dunia tepat jam 6.20 petang semalam.

Adam berkongsi berita menyedihkan itu diakaun Instagram miliknya.
“Setiap yang hidup pasti mati.

“Abah (bapa Mertua) Saya telah menghembus nafas terakhir pada Hari ini pada pukul 6:20ptg ni.

“Semoga roh abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,” tuisnya.

Terdahulu, Adam baru sahaja berkongsi mengenai perkembangan kesihatan bapa mertuanya yang semakin merosot.
Adam memberitahu bapa mertuanya telah menjalani rawatan Dialisis selama tujuh tahun

Adam atau nama sebenarnya, Adam Corrie Lee Abdullah, 50, mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 40, pada 21 November 2008 dan dikurniakan seorang anak bernama Adam Fateh Lee.

sumber : gempak