‘Semua keluarga saya, tiada orang luar..’ – Dr Noor Hisham nafi l4nggar SOP

Semalam, tular beberapa keping gambar di media sosial mengenai majlis resepsi anak perempuan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang berlangsung di BoraOmbak, Putrajaya.

Berikutan itu, terdapat segelintir individu mempertikaikan beliau tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan sosial.

Salah seorangnya adalah pengguna Twitter @zack_rockstar yang memuat naik tangkapan skrin daripada sebuah posting di Facebook memaparkan Dr Noor Hisham sekeluarga bergambar di atas pelamin.

“Tahniah @DGHisham dapat menantu tapi kenapa macam takde SOP? Facemask tak pakai penjarakan sosial pun takde nampaknya,” soal lelaki tersebut.

Bagaimanpun, Dr Noor Hisham menepis d4kwaan tersebut dengan mengatakan acara perkahwinan itu hanya dihadiri ahli keluarga dan tiada orang luar yang menjadi tetamu majlis.

“Ini semua ahli keluarga saya dan tiada orang luar. Hanya untuk bergambar seketika atas pentas,” b4las beliau di ruangan komen.

Personaliti TV, Fedtri Yahya yang menjadi pengacara majlis tersebut turut menjelaskan bahawa kenduri itu hanya dihadiri kaum kerabat dengan menjaga SOP sebaiknya.

“Semua anak menantu & cucu dia. Ini majlis yang sangat menjaga SOP. Jemputan tak sampai 100. 90% ahli keluarga,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan membenarkan majlis sosial seperti resepsi perkahwinan, kenduri, doa sel4mat dan majlis hari jadi dengan SOP yang ketat.

 

Sumber: Twitter @zack_rockstar, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf