“Semua Tuduhan Tidak Benar, Mohon Doa Agar Dapat Penyelesaian Terbaik Buat Keluarga Tercinta” – Cheff Fikree Aznan

Hiburan

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai Chef selebriti, Chef Fikree Aznan apabila isterinya Syarifah Zuriehan membuat pendedahan mengenai skandal suaminya yang berlaku curang dengan seorang wanita berstatus isteri orang anak tiga.

Semalam, Zuriehan memaklumkan Fikree telah membuat keputusan untuk menceraikannya selepas cerita kecurangannya didedahkan di media sosial beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, menerusi posting terbaru, Fikree menegaskan segala tuduhan dan berita dia berlaku curang adalah tidak benar sama sekali.

Fikree memohon kepada orang ramai menghormati hak peribadinya dan memberinya ruang menyelesaikan kemelut rumah tangganya.

Terdahulu Zuriehan mendakwa Fikree dan skandalnya tinggal serumah dan memadu asmara di bulan Ramadan yang mulia.

 

Selain itu, Zuriehan turut mendakwa bahawa kecurangan yang berlaku itu bukanlah kali pertama dan sebelum ini Fikree juga pernah pernah berbalas mesej berbaur lvcah dengan seorang pengacara TV9

sumber : Rotikaya