“Sentiasa Hantar & Tunggu Selagi Ada Hayat “- Biarpun Tidak Ditemani Bapa, Rita Rudaini Displinkan Anak Solat Jumaat.

Hiburan

Bukan mudah bergelar ibu tunggal, seperti pelakon Rita Rudaini, dua orang anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna, sentiasa menjadi keutamaan buat dirinya.

Baru-baru ini, satu muat naik di IG milik Rita telah mengundang emosi ramai, apabila pelakon tersebut berkongsi momen dia menghantar dua anak lelakinya pergi menunaikan sol4t Jumaat.

Menurut Rita, momen itu disifatkan sebagai kenangan paling mahal buat dirinya, baginya detik bersama anak sangat berharga kerana ia sesuatu yang tidak dapat diulang lagi.

Melihat perkongsian lain, rata-rata pengikutnya di IG meluahkan rasa terharu kerana kagum melihat cara didikan Rita terhadap kedua anaknya. Meskipun tidak bersama dengan ayah mereka, dilihat mereka berdua sudah pandai untuk berdikari.

 

 

omen netizen:

 

Sumber : oh my media & Rita Rudaini