Sering Upload Foto Mesra Bersama, Elisya Sanda Bercinta Dengan Anak Sheila Rusly?

Hiburan

Eh, baru-baru ni MH ada terlihat foto mesra Elisha Sandha, bersama seorang lelaki yang merupakan anak kepada pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy.

MH mulai speku mereka memang berkawan rapat apabila Uzair turut memuat gambar mereka berdua berserta kapsyen ’Missing you bad though’. Apakah itu? Sesuatu sangat!

Malah, Elisya dilihat sering memuat naik gambar bersama anak penerbit terkenal itu di Instagram miliknya.

Kemesraan mereka ini pasti membuatkan ramai yang tertanya-tanya sama ada benar mereka sedang bercinta atau tidak.

Namun, sejauh mana kebenarannya sama-sama kita nantikan saja.

Pada siapa yang masih belum mengenali Elisha, dia merupakan adik bongsu pelakon, Fasha Sandha. Dia juga pernah membintangi filem Anak Mami Nasi Kandar bersama kakaknya.

Jom #MHBelanjaGambar Elisha yang cun ni!

Bagaimanapun Elisya Sandha memaklumkan mereka hanya kenalan rapat. Elisya dan Uzair telah lama mengenali antara satu sama lain ketika mereka masih belajar dan kini berada dalam industri yang sama.

Sumber : Media Hiburan