Sharnaaz Ahmad Ucap Sesuatu Pada Isteri, Netizen Doakan Rumah Tangga Mereka Pulih.

Santai Semasa

Tahun lalu, kemelut rumah tangga Sharnaaz Ahmad hangat diperkatakan apabila isterinya Noor Nabila telah memfailkan penceraian di mahkamah, namun Sharnaaz menjelaskan bahawa dia akan tetap mempertahankan perkahwinan mereka.

Namun sejak kebelakangan ini, perkongsian pasangan ini di Instagram seolah memberi bayangan bahawa hubungan mereka sudah kembali pulih. Lebih menjadi perhatian apabila Sharnaaz mengucapkan selamat hari ibu buat isterinya.

Ucapan Sharnaaz itu mendapat lebih dua ribu tanda suka daripada netizen yang seakan gembira dan mahukan pasangan ini kembali bersama.

Diruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan kesejahteraan rumah tangga pasangan ini agar kembali pulih demi kebaikan bersama serta kebahagiaan cahaya mata mereka.

Sebelum ini, Sharnaaz dilihat ada memuat naik video dan foto anak kesayangannya itu semasa berada di rumah isterinya. Perkongsian berkenaan seolah memberi bayangan seolah mereka kini sudah kembali bersama.

Namun, setakat ini masih tiada kenyataan lanjut mengenai status rumah tangga mereka daripada Sharnaaz mahupun Nabila. Apa pun kita doa yang baik-baik sahaja untuk pasangan ini.

 

View this post on Instagram

 

If only u know how much i love u son. @jebatjayden

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

sumber : rotikaya