Nama kena petik dengan netizen, Sharnaaz Ahmad sedia beri kerjasama pada SPRM

Hiburan Semasa Tempatan

Hari ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan terdapat dua selebriti bakal dipanggil untuk siasatan berhubung siasatan kes pengubahan wang h4ram oleh sind1ket Macau Sc4m dan perjvdian dalam talian.

Sehubungan dengan itu, nama beberapa orang artis telah ‘dipetik’ netizen apabila pihak SPRM memberi bayangan berkenaan Instagram selebriti itu yang memiliki lebih satu juta pengikut.

Sedia beri kerjasama

Sehubungan dengan itu menerusi laporan Berita Harian, Sharnaaz Ahmad telah dihubungi dan menjelaskan bahawa dia bersedia memberikan kerjasama andai dipanggil pihak tersebut.

Namun menurut pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad itu, dia belum menerima sebarang panggilan daripada pihak SPRM walaupun ada yang mend4kwa dirinya menjadi antara selebriti tersebut.

“Setakat ini, belum ada sesiapa dari SPRM yang menghubungi saya. Lagipun, kalau mereka hendak panggil, ia tidak akan beritahu lebih awal.

“Tahu-tahu sahaja sudah berada di sana. Bagaimanapun, sama ada dipanggil atau tidak, saya akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkenaan,” katanya.

Pernah hubungi SPRM beri kerjasama

Dalam pada itu, Sharnaaz turut mengakui pernah menghubugi SPRM bagi memberikan kerjasama berkenaan isu panas sebelum ini. Namun, tidak dapat berkongsi perbualan tersebut kerana enggan mengg4nggu perjalanan kes itu.

“Cuma saya tidak boleh hendak kongsi maklum b4las SPRM berhubung penjelasan saya itu kerana ia sulit dan peribadi,” ujarnya.

Perniagaan beroperasi seperti biasa

Walau bagaimanapun, pelakon filem Jebat itu memaklumkan perniagaannya masih beroperasi seperti biasa dan cuma dari segi jenama sahaja sedikit terjejas.

“Alhamdulillah, perniagaan saya seperti biasa dan tiada apa-apa yang berlaku. Cuma daripada segi jenama, ia agak terjejas. Bagi saya, kita tak perlu t4kut kalau kita tidak s4lah. Kita hanya berada pada masa dan tempat yang silap.

“Kita tak boleh menghakimi orang. Walaupun dia pakai baju warna oren, selagi mahkamah tak jatvhkan hvkum, kita tak boleh kata mereka itu bers4lah. Mereka hanya dipanggil untuk disoal si4sat sahaja,” jelasnya.

 

Terdahulu, pihak SPRM telah memaklumkan bahawa dua selebriti terkenal akan dipanggil untuk memberi keterangan setelah tiada mana-mana artis yang tampil secara sukarela.

Pihak media juga memberi bayangan bahawa dua artis tersebut adalah pelakon lelaki terkenal dan pengacara wanita yang masing-masing mempunyai lebih sejuta pengikut di laman sosial.

 

Sumber: Berita Harian (Farihad Shalla Mahmud), OMM 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.