” Sini..Sini..” Suara Misteri Dalam Video ‘Live’ Pencarian Asyraf@Acap Yang Dikongsi Solo Ambush.

Lawak & Seram Santai Semasa

Satu Malaysia sudah tahu berkenaan kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail 2019 iaitu Mohammad Ashraf Hassan (Acap) yang hilang sejak 23 Mac sehingga ke hari ini tidak dijumpai.

Pelbagai usaha telah dilakukan dan ia melibatkan semua orang dan ini termasuk orang awam.

Seorang lelaki yang lebih dikenali sebagai Solo Ambush telah masuk ke hutan untuk mencari Acab dan dia masuk seorang diri. Kisah yang diceritakan disertakan dengan video. Ini kisah beliau ..

Solo Ambush Search and Rescue Acap (SSARA)

Dukacita di maklumkan kepada semua, Acap masih tidak di jumpai. Walaupun aku amat positif beliau akan di jumpai malam semalam.

Keadaanku yang amat keletihan yang baru balik dari Vietnam, memandu kereta direct selama 3 jam juga tidur yang kurang dari 3 jam selama dua hari sedikit sebanyak
menjejaskan tumpuan dan keupayaan stamina fizikal aku.

Aku amat sedih dan sebak pada ketika itu, aku mohon maaf kepada keluarga Acap kerana tidak dapat meneruskan pencarian di mana pencarian aku berakhir aku berbaring di sebelah kubur.

Persediaan awal. (3 hari sebelum)

Mengkaji kedudukan Acap berdasarkan maklumat, checkpoint, register, telco signal coverage, anggaran speed kelajuan, maklumat orang kampung dan beberapa ketua SAR serta penampakan mistik dan jelajah mistik yang aku buat sendiri.Selama dua malam aku membuat homework dan aku kenal pasti kawasan yang kemungkinan tinggi Acap hilang.

Aku bahagian kawasan itu sebanyak 5 bahagian. Peta telah aku hafal untuk memudahkan pergerakan aku sendiri di dalam malam gelap gelita. Semalam Ku hanya sempat mencari 1 daripada 5 bahagian yang telah aku marking.

Lokasi tepat aku terpaksa di rahsiakan untuk mengelak pejejakan Acap secara solo aku di ganggu.  Terima kasih kepada individu yang memberi maklumat dari pengalaman SAR mereka sebelum ini. Kerjasama mereka amat baek.

Survey trek di hari kejadian(Pkl 6.45pm)

Aku sedikit lewat kerana driving, jalan jem daaa…  Sepanjang trek di sini aku lalui, kecuali batu putih, ada beberapa kawasan yang kuat auranya, sehingga wujudnya penampakan bayang hitam di hadapan mata kira-kira 10m di hadapan selama 2 saat pada waktu petang tersebut.

Spontan aku berkata ‘haaa jangan lari…tolong bagitau di mana Acap’..Bayang tersebut hilang begitu saja. Berakhir di kawasan yang telah aku spot kemungkinan wujudnya Acap. Agak mengejutkan, laluan masuk ke trek itu tersembunyi dan hanya kelihatan setelah 10meter melalui semak samun.

Ringkasan semasa live (19.55malam)

Solo Ambush Search and Rescue Acap (SSARA) in Gopeng,Perak

Posted by Solo Ambush on Khamis, 4 April 2019

Aku sampai awal, live di mulakan. pencarian di mulakan. Jumpa rumah. Masuk, cari dan keluar. Melalui laluan kepala sawit.

TERDENGAR SATU SUARA MISTERI YANG MEMANGGIL

Melalui laluan hutan, masuk hutan. Di sini lah terdengarnya bunyi ‘di sini sini’.

Wujudnya makhluk halus yang bermain di atas pokok. Di panggil turun , tidak mahunya.
Cuba berinteraksi pula tidak sudi atau entah lah.

Adakah Suara Itu Suara Solo Ambush Sendiri? Ini Penjelasan Beliau

Setelah di beritahu oleh adik aku, tentang suara ‘sini sini’, aku dengan selambe kata..eh suara saya kot… mana ada suara org lain tak dengar pun….

Bila aku cek balik group wasap, semua memperkatakan tentang suara ini, aku hanya biar je…sbb aku rasa mungkin itu suara aku…. tapi salah sorng kawan hantar rakaman tersebut pada aku….kali pertama aku dengar macam suara aku….tapi bila aku ulang2 dengar..aku sendiri terkejut..itu bukan suara aku….di tambah dengan panjangnya bunyi perkataan ‘sini sini’ menindan suara aku yang memanggil Acap.

Sila dengar rakaman suara tersebut..anda nilaikan sendiri dan komen secara berhemah.
Nak ke aku kongsi lokasi tepat bersama dengan 4 lagi bahagian lokasi yg telah aku mark?

1st part live terganggu kerana tiada phone coverage

20min belalu dan mula live partII. Hanya menceritakan tentang coverage dan pencarian dilakukan tanpa live.

Solo Ambush Search and Rescue Acap part II( internet interupted). Aku akan meneruskan pencarian Acap secara solo tanpa fb live..Pray for Acap and wish me good. I will come back safe. No worry.

Posted by Solo Ambush on Khamis, 4 April 2019

Sejam berlalu live part III bermula, melalui kebun durian. Temui seluar(bukan runner) dan cawan aluminium keras. Live berhenti untuk berehat.

Pencarian di sambung lagi tanpa live.

Keletihan, dan pencarian di berhenti di kawasan kubur.

Solo Ambush Search and Rescue Acap (SSARA) part III.

Posted by Solo Ambush on Khamis, 4 April 2019

Apa-apa pun ingin aku ucapkan jutaan terima kasih yang menyokong juga yang mendoakan. Hingga sekarang aku masih berdoa semoga Acap di jumpai.

Moga bermanfaat.

Sumber : Solo Ambush

Mohon tuan Solo Ambush jangan putus asa dan terima kasih atas usaha tuan untuk mencari Acab. Mari kita doa acab masih selamat dan pulang ke pangkuan keluarga. Insyallah.

Sumber : awattsheikh. TQ