(Foto) Setelah Lama ‘Bercuti’, Ini Suasana Pelajar Tingkatan Lima Kembali Semula Ke Sekolah Pagi Ini

Hari ini pelajar-pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah kembali ke sekolah.

Mereka berpeluang menyambung semula sesi pembelajaran secara fizikal di dalam kelas setelah sekian lama ‘dit4han’ di rumah akibat penutupan sekolah rentetan C0VID-19.

Selain itu, pelajar-pelajar yang turut bakal menduduki peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara juga kembali hadir ke sekolah hari ini.

Sehubungan itu, satu tinjauan lapangan dijalankan BERNAMA pagi ini, merakam situasi para pelajar terlibat kembali ke sekolah masing-masing.

Berikut adalah foto-foto pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) yang hadir ke sekolah bagi memulakan sesi persekolahan secara bersemuka.

Difahamkan, kehadiran mereka juga turut dikawal dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Gambar: BERNAMA

Gambar: BERNAMA

Sementara itu di Perak, guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (ACS) Ipoh menanti kehadiran para pelajar dengan menjalankan pemeriksaan suhu badan seperti yang ditetapkan dalam SOP Kementerian Kesihatan (KKM).

Gambar: BERNAMA

Gambar: BERNAMA

Gambar: BERNAMA

Gambar: BERNAMA

Sesi persekolahan melalui PdPR bermula hari ini

PARLIMEN: Manual PdPR bantu pembelajaran murid

Sementara itu, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah bermula hari ini bagi sesi persekolahan pada tahun 2021 di seluruh negara untuk memastikan murid dapat mengikuti pembelajaran secara optimum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited melaksanakan PdPR bagi membolehkan sesi pembelajaran diteruskan meskipun negara masih berdepan penularan C0VID-19 yang belum reda.

PdPR ialah PdP yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian dan kaedah ini boleh dilaksanakan dalam talian atau luar talian atau off-site dengan berstruktur dan terancang.

Menerusi pendekatan dalam talian, cara pembelajaran melalui capaian internet, peranti dan belajar secara ‘real time’. Bagi pelaksanaan luar talian pula murid belajar menggunakan peranti seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar tanpa capaian internet.

Selain itu, untuk membantu murid yang tidak mempunyai akses internet atau peranti sesuai, guru mengambil inisiatif melaksanakan PdP melalui serahan bahan pembelajaran kepada murid mengikut kesesuaian.

Murid juga boleh menggunakan buku teks cetak sebagai bahan rujukan, penyediaan nota, membuat rumusan atau melukis sesuatu konsep manakala buku aktiviti pula boleh digunakan untuk membuat latihan ulang kaji.

Guru akan mentaksir murid secara berterusan mengikut kesesuaian dan melaksanakan intervensi mengikut tahap dan keupayaan murid.

Meskipun menerima pelbagai pandangan mengenai pelaksanaan PdPR, kita berharap kaedah pembelajaran ini akan berjaya dilaksanakan.

Kejayaan PdPR ini memerlukan sokongan semua pihak terutamannya KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), sekolah, guru, ibu bapa dan penjaga serta komuniti.

Pelaksanaan komprehensif ini diharap dapat memperkasa pendidikan digital negara dan pada masa yang sama kerajaan perlu menumpukan kepada meningkatkan akses internet dan pemilikan peranti murid sekolah di seluruh negara.

 

Sumber: BERNAMA, Siakap Keli, Awani

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.