“Suami banyak d0rong dalami agama, hasil bimbingan dia..”- Hannah Delisha akhirnya k0ngsi cerita perkahwinan mereka..

Hiburan Tempatan Viral

Pelakon jelita, Hannah Delisha mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi mengenai kisah perib4dinya di laman sosial berikutan majlis pernikahan dengan suami, Imam Shah di Singapura, semalam.

Menurut laporan Harian Metro, pemilik nama Hannah Adlina Blackburne-Birch itu berkata dia dan suami yang juga merupakan pelakon di Singapura memilih untuk melaksanakan perkara wajib terlebih dahulu.

“Saya minta maaf sebab memang kurang selesa berkongsi hal peribadi. Alhamdulillah saya sangat gembira dan bersyukur kepada Allah kerana semuanya berjalan dengan lancar.

“Saya memang tak pernah nak muat naik dalam media sosial yang saya bercinta selama ini. Ini kerana bagi saya, biarlah kita sah dahulu barulah kita nak kongsi. Kita dahulvk4n yang wajib. Itu yang lebih utama,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai hubungan cinta, pelakon berusia 25 tahun itu mengakui mula mengenali Imam sewaktu menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Faculty di Singapura lima tahun lalu.

Hanna menyifatkan lelaki itu sebagai seorang yang sangat penyabar, penyayang dan kelakar selain banyak mendorongnya untuk lebih cenderung ke arah keagamaan.

“Dialah yang sebenarnya banyak mendorong saya untuk lebih cenderung ke arah keagamaan. Alhamdulillah saya sekarang sedikit sebanyak adalah hasil bimbingan Imam juga,” luah Hannah.

Malah, pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu turut meminta agar semua peminat mend0akan kebahagiaan rumah tangga mereka dan terus menyokong kerjayanya.

“Saya pohon semua untuk mend0akan kebahagiaan rumah tangga kami dan teruslah menyokong kerjaya saya. Majlis bersanding kami akan umumkan nanti. Insya-Allah, kami buat secara bersederhana sahaja untuk keluarga dan teman rapat.

“Mengenai tarikh, saya tak boleh nak beritahu lagi sebab biarlah kes c0v1d-19 yang sedang menular di seluruh dunia ini tamat dahulu. Bila keadaan kembali normal, barulah kami akan k0ngsi tarikh majlis bersanding,” tambahnya lagi.

Terdahulu, pern1kahan pasangan tersebut didaftarkan di Registry of Marriage Singapore atau B1ro Lesen Perkahwinan Singapura.

Hannah Delisha & suami dah rancang kahwin sejak lima tahun lalu

Dalam pada itu, peminat pelakon jelita Hannah Delisha ternyata terkejvt dengan satu berita dimana secara tiba-tiba dia memuat naik posting yang memaparkan dirinya sudah selamat bergelar isteri.

Menurut laporan Kosmo! Online, pengurusnya, Dura Aiman mengakui pemilik nama Hannah Adlina Blackburne Birch itu sememangnya sangat berahsia apabila berkaitan hal peribadi.

“Hannah merupakan seorang yang sangat-sangat menjaga pr1vasi. Hannah akan keluarkan kenyataan media secepat mungkin. 

“Macam saya cakap tak semua perkara saya boleh bercakap mewakili pihaknya. Bagi sedikit masa. Hannah dan imam sudah rancang berkahwin sejak lima tahun lepas,” jelasnya.

Selain itu menurut Dura, gambar yang bertebaran di media sosial sekarang bukanlah adegan drama tetapi memang majlis akad n1kah Hannah bersama suaminya, Imam Shah.

“Majlis berkenaan ringkas dan kecil serta hanya dihadiri oleh keluarga terdekat saja. Cuma, saya tidak boleh berk0ngsi lebih lanjut kerana pihak pengurusan tidak terbabit dalam perkara ini.

“Kami dimaklumkan mengenai majlis nikah pada hari ini, cuma menurut Hannah, dia sendiri akan berkongsi butiran lanjut,” katanya.

 

Sumber : Harian Metro (Sudirman Mohd t4h1r), OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.