Suami Mira Filzah kenang pemergian bapa mertua, isteri pvjuk elak terus bersed1h

Kehilangan bapa tersayang secara mengejut sememangnya satu perkara yang tidak mungkin dilupakan sampai bila-bila.

Luah rasa rindu

Hal ini diakui sendiri oleh suami kepada aktres terkenal, Mira Filzah, Wan Emir Astar apabila memuat naik gambar allahyarham bapanya iaitu Datuk  Wan Mohammad Khair-il Anuar yang meninggal dunia 5 tahun lalu dalam tragedi helikopter terhempas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

Kenang allahyarham bapa yang sudah tiada

Wan Emir mengakui begitu sed1h pada hari ini kerana genap 5 tahun bapanya pergi meninggalkan mereka semua pada 5 Mei 2016. Dia juga memaklumkan tersentuh melihat foto bapanya serta foto dirinya sewaktu kecil ketika baru bangun dari tidur dan meniru gaya arwah.

“Tersentuh hati melihat gambar sewaktu saya kecil, yang baru sahaja bangun daripada tidur, tidak lari reaksi daripada mengikut reaksi Papa sewaktu dia bangun tidur. Seolah-olah jiwa diri ini dari kecil lagi, sudah terikut jejak langkah jiwa yang akan dirindui..” tulis Emir.

Isteri peluk pujuk jangan sed1h

Anak sulung kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Yazid ini juga memaklumkan kepada isteri tercinta bahawa allahyarham bapanya merupakan seorang yang sangat penyayang.

Melihat suami dalam keadaan hiba, Mira segera mendakap dan memeluk bagi menenangkan Emir agar tidak terus terbawa dengan perasaan sed1h.

Rindu pada orang yang tiada, rindu yang menyakitkan

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai telah meninggalkan komen dengan mengakui bahawa rindu terhadap orang yang telah pergi sangat menyakitkan.

Mereka juga telah menitipkan salam takziah dan mendoakan agar roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Kehilangan cukup besar buat orang2 Kuale

 

Kita senyum tapi dalam hati masih sed1h

 

 

Sumber: Wan Emir Astar, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Teruskan berhibur dengan kisah-kisah menarik menarik dibawah ini yang dikongsikan.