(Video) 4 bulan bercinta, gadis terharu boyfriend janji suap makanan sampai tua

Dalam menjalin hvbungan cinta, semua perkara yang dilakukan oleh pasangan menjadi indah sehingga boleh tersenyum seorang diri.

Apatah lagi ketika dating, si lelaki terutamanya perlu ‘bertukar watak’ gentleman dimana sedaya upaya memenuhi kehendak dan melayan teman wanita dengan penuh kasih sayang.

Bagi seorang gadis Sofianorhanie Sabari, dia pasti berasa bertuah apabila memiliki kekasih hati yang gemar menyuapkannya makanan setiap kali mereka bertemu.

Momen sweet berkenaan dikongsi gadis berusia 23 tahun itu menerusi sebuah video di platform TikTok sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video berdurasi 20 saat itu, dia yang mesra dipanggil Phia menulis pada kapsyen, teman lelakinya Haris pernah berkata akan terus melakukan perkara tersebut hingga ke hari tua.

“When he said: Sampai tua pun I akan suap you makan,” tulis Sofianorhanie.

Difahamkan, pada Mac lalu, genap sebulan mereka menjalin hubungan cinta selepas mula berkenalan melalui hantaran mesej di laman Instagram dan bertukar nombor telefon.

Video suapan itu meraih satu juta tontonan selain lebih 4,000 komen warganet yang memberikan pelbagai reaksi dimana kebanyakan seolah-olah cemburu melihat ‘kemanisan’ pasangan tersebut.

Antara reaksi net1zen

Moga aku juga di kurniakan j0doh macam ni..

Untung la yang di suap pun cantik..

 

Semoga hubungan kekal hingga ke j1njang pelamin ya! Sia-sia kalau terpvtus di tengah jalan, rugi masa dan tenaga gitu.

 

Sumber: TikTok @Sofianorhanie

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.