“Sudah Habis Edah, Kami Cerai Cara Baik” – Jue Aziz

Hiburan

Pelakon Jue Aziz mendedahkan rumah tangganya bersama pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra Achmal telah bertemu penghujung.

Pasangan itu mengambil keputusan untuk bercerai, namun enggan menyatakan tarikh rasmi mereka berpisah.

“Kami bercerai secara baik dan tiada pergaduhan pun.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan Bayu (bekas suami) juga memahami perceraian ini untuk kebaikan masing-masing.

“Tidak perlu tulis bila tarikh kami bercerai kerana saya sudah habis edah pun,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Jue atau nama sebenar Zuliana Abdul Aziz, 35, bagaimanapun akui hubungannya dengan bekas suami masih baik.

“Walaupun sudah bercerai hubungan kami masih baik sampai sekarang,” katanya.

Jue berkahwin dengan Bayu, pada 9 Mac 2014.

Namun, perkahwinan selama empat tahun setengah itu tidak dikurniakan cahaya mata.

Pasangan itu memutuskan untuk mengambil seorang anak angkat, Darwish Naufal, 5.

sumber : gempak