“Sudah-Sudahlah Makii Hamun saya.. Kami Dah Berbaik Semuanya okay..” Fizul Nawi.

Hiburan

Suami kepada pelakon Nadya Syahera, Fizul Nawi mendedahkan sudah berbaik dengan isterinya selepas berlaku ber@ntakan dalam rumah tangga.

Menurut Fizul dia berharap semua pihak tidak lagi melemparkan kata-kata kesat terhadapnya kerana dia sudah memohon maaf dengan Nadya.

“Sudah-sudah lah m@ki h@mun saya. Kami dah berbaik semuanya okay.

“Saya pun dah minta maaf pun dengan isteri saya,” tulisnya secara ringkas.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Fizul turut tumpang gembira dengan berita yang dikongsikan dan mendoakan kebahagiaan mereka akan berkekalan.

Terdahulu, Nadya mendakwa suaminya menjalinkan hubungan cinta dengan adik kepada pengasas kosmetik setelah mendapat bukti bergambar dan tidak pulang ke rumah selama sebulan.

Namun, Fizul menjelaskan dia tidak pulang ke rumah sepanjang Ramadan lalu kerana sibuk menguruskan perniagaan di tiga buah negeri.

 

View this post on Instagram

 

terima kasih @issfeyrdauss jemput kami dtg mkn #openhouse

A post shared by FN®🐜 (@fizulnawi_) on

Fizul dan Nadya berkahwin pada 25 September 2015 dan perkahwinan itu merupakan kali kedua buat Fizul.

Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose dan Mohamad Dayyan yang masing-masing berusia dua dan satu tahun.

 

 

View this post on Instagram

 

Udah2 lah Maki Hamun sy. kami dah berbaik semuanya okay. sy pun dah mintak maaf pun dgn wife sy. . #doabaik2

A post shared by FN®🐜 (@fizulnawi_) on

Sumber: Gempak