“Alhamdulillah, Ainul, Safi and Erwani have arrived in London” – Dr Amalina Sambut Mesra Ketibaan Baby Ainul Di UK.

Gembiranya rakyat Malaysia setelah tahu Baby Ainul  berlepas ke London untuk menjalani rawatan kanser mulut, ‘Germ Cell Tumor’ semalam.

Alhamdulillah, Baby Ainul selamat sampai..

Menerusi laman Facebook  Ahmad Safiuddin, mereka telah selamat tiba di United Kingdom setelah menumpuh perjalanan hampir 10jam.

Mereka turut memanjatkan kesyukuran kerana anak sulungnya itu berjaya melepasi penerbangan yang lama dan dipermudahkan segalanya.

Penerbangan mereka yang turut ditemani dua orang doktor yang ditugaskan memantau kesihatan Ainul Mardhiah telah berjalan dengan baik.

Image may contain: indoor

Ahmad Saifiuddin juga memaklumkan, anaknya telah selamat ditempatkan di salah sebuah hospital di United Kingdom, dan ahli perubatan sedang memantau keadaan Ainul memandangkan dia mengalami gangguan oksigen berikutan penerbangan yang lama.

Bagaimanapun, mereka  tidak mendedahkan nama hospital yang yang bakal merawat Ainul Mardhiah, di sana nanti.

Nanti bila saya dah free sikit, saya akan menulis tentang perjalanan kami dari malaysia sehingga ainul dimasukkan ke hospital. 
Buat masa sekarang, update terkini adalah Ainul okay, cuma oxygennya sahaja sikit terganggu dan hospital sedang cuma menstabilkannya. 
Mungkin sebab ainul travel jauh, jadi dia perlu belajar sesuaikan diri di sini.Tapi semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah!

Dr. Amalina Menyambut Ketibaan Parents Ainul

Berita ketibaan adik Ainul Mardhiah dan ibu bapanya, turut disambut oleh Dr. Amalina Che Bakri, yang telah memuat naik foto dan kapsyen memaklumkan bahawa pihak perubatan telah berjumpa ibu bapa Ainul bagi berbincang tentang proses rawatan selanjutnya.

Dr. Amalina juga turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak putus mendoakan kesejahteraan kesihatan adik Ainul Mardhiah.

 

Dr Amalina juga berterima kasih kepada doktor yang menemani Baby Ainul sepanjang perjalanan ke London. Bagaimanapun perkembangan lanjut mengenai rawatan Ainul disana tidak dapat dikongsi lanjut oleh Dr Amalina kerana perlu  menjaga kerahsiaan pesakitnya.

Menteri Kesihatan Turut Sama Meluangkan Masa Berjumpa Baby Ainul!

Dalam pada itu Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad yang kini berada di London sempat melawat Adik Ainul..

Alhamdulillah saya berkesempatan melawat adik Ainul Mardiah di salah sebuah hospital di London pagi ini ketika dalam perjalan ke Lapangan Terbang Heathrow untuk pulang ke Malaysia.

Image may contain: 3 people, people standing and outdoor

Image may contain: 2 people, people standing and outdoor

Mendapat doa berterusan ..

 

 

sumber : IG Dr Amalina, FB Ahmad Safiudin/ OMM

error: Content is protected !!