Susulan Dr Zulkifli p0sitif C0VID-19, Ini Kenyataan Perdana Menteri

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan akan menjalani kuar4ntin kendiri di kediaman beliau selama 14 hari mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam satu kenyataan hari ini, Perdana Menteri, berkata, keputusan itu diambil susulan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan p0sitif C0VID-19 hari ini.

Image may contain: 1 person, sitting, table and indoor

Muhyiddin berkata, beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya pada 3 Oktober lalu dan Dr Zulkifli merupakan salah seorang yang menghadiri sesi berkenaan.

Ahli Mesyuarat Yang Menjadi Kontak Rapat Dr. Zulkifli Akan Jalani Kuarantin Wajib 14 Hari 

“Berdasarkan penilaian ris1ko yang dilakukan oleh KKM, mereka yang dikenal pasti k0ntak rapat semasa mesyuarat ini telah diberikan surat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selama 14 hari dari tarikh 3 Oktober 2020 dan dipakaikan gelang pengawasan.

“Ahli mesyuarat yang bukan merupakan k0ntak rapat pula dinasihatkan menjalani ku4rantin kendiri (self-quarantine) selama 14 hari bermula 3 Oktober hingga 16 Oktober dan memantau status kesihatan kendiri (self-health monitoring) di rumah setiap hari menggunakan home assessment tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera,” katanya lagi.

Image may contain: text

Image may contain: text

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, perintah ku4rantin kendiri yang beliau jalani tidak akan mengg4nggu urusan kerajaan.

Menurut Perdana Menteri, beliau akan terus bekerja dari rumah dan menggunakan sidang video bagi mesyuarat yang penting.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, saya juga melakukan ujian sar1ngan pengesanan C0VID-19 (ujian swab) setiap dua minggu sejak bulan April 2020 dan kesemua ujian pengesanan ini telah disahkan NEGATIF.

“Selain itu, saya telah melakukan tiga (3) ujian pengesanan C0VID-19 dalam tempoh tiga minggu lalu iaitu pada 22, 26 dan 29 September 2020 dan didapati negatif,” kata Muhyiddin lagi.

 

Dipetik dari laman facebook Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada sabtu 3hb Oktober 2020.

Turut kelihatan di dalam gambar Menteri Agama, Dr Zul Al-Bakri yang disahkan p0sitif c0vid-19 hari ini.

 

Sumber: Awani, Facebook

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.