Pad4h kant0i mencvri durian, muIut disvmbat kulit durian

Tempatan

TINDAKAN dua lelaki mencvri durian di sebuah dusun di Kampung Berchat, Lubuk Gajah, Changkat Jering, Taiping, mengvndang p4dah apabila mereka diberk4s pemilik kebun dan penduduk kampung awal pagi kelmarin.

Sebagai baIasan, penduduk kampung menyumbat mulut kedua-dua pencvri itu dengan kulit durian sebelum diserahkan kepada polis untuk t1ndakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat, berkata dalam kejadian 3 pagi itu, pemilik kebun berusia 69 tahun bersama dua rakannya pergi ke kebunnya di kampung itu untuk mengutip buah durian .

Beliau berkata, sebaik tiba di situ, mereka ternampak kenderaan Toyota Hilux serta melihat kelibat dua lelaki mencvri durian di dusun itu sebelum dit4ngkap dengan bantuan penduduk kampung.

 

“Hasil sias4tan, polis mendapati kedua-dua svspek berusia 28 dan 30 tahun mengambil kesempatan memasuki kebun penduduk pada sebelah seawal pagi dan mengutip durian yang Iuruh.

“Pemer1ksaan pada but kenderaan, menemui raga yang mengandungi 30 durian berharga kira-kira RM500, dipercayai dicvri dari kebun pemilik,” katanya dihubungi media, malam tadi.

Menurutnya, tangk4pan bersama barangan kes dibawa ke Balai Polis Changkat Jering dan svspek direm4n selama tiga hari sehingga 16 Jun ini.

“Polis juga menjalankan sias4tan sama ada svspek mempunyai hvbung kait dengan beberapa kes kecvrian lain yang dilapor berlaku di sekitar Taiping.

“Kes disi4sat mengikut S3ksyen 379 K4nun Kes3ksaan dan sias4tan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Lamb4kan pvnca durian ‘Lepeh’ tvrun harga

LAMBAKAN buah durian yang belum dipasarkan di depan rumah Mohd. Ridzuan Ismail di Kampung Kechau, Lipis, Pahang. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD

SEMENTARA itu, lambakan durian musang king dan beberapa jenis baka lain di sini, menyebabkan harganya kini menjvnam antara RM5 hingga RM15 sekilogram.

Tinjauan Utusan Malaysia  di rumah pekebun dan peniaga durian, Mohd. Ridzuan Ismail, 31, di di Kampung Kechau,  di sini semalam mendapati, berlaku lambakan raja buah itu hampir dua tan metrik yang dianggarkan antara 1,600 hingga 2,000 biji.

Harga durian terkini yang ditawarkan Mohd. Ridzuan lebih murah, iaitu durian kampung dengan harga RM5 sekilogram, durian kahwin (RM9/kg), D24A XO(RM12/kg), D24B XO (RM8/kg), D2 (RM15/kg), IOI (RM17/kg), musang king gred C (RM19/kg), musang king gred A (RM48/kg) dan musang king gred B (RM34/kg).

Berbanding sebelum ini, harga sewaktu buah mula gugur penghujung bulan Jun lalu iaitu musang king gred A dengan harga RM55 sekilogram, gred B (RM36/kg), gred C (RM28/kg) manakala baka D24 (RM22/Kg), IOI (RM24/Kg), Teka (RM25/Kg), durian Kampung (RM7/Kg) dan durian kahwin (RM13/Kg).

“Durian jenis D24A XO, D24B XO, D2, IOI dan musang king masih berlaku lambakan di kebun, saya berharap pelanggan datang berbelanja dengan tawaran harga yang cukup murah.

“Asalkan ada permintaan pelanggan yang gemar musang king dan baka yang lain, saya menawarkan harga lebih murah kerana hendak menghabiskan jualan buah ini. Sekiranya dibiarkan lama, kemungkinan pecah dan bvsuk,” katanya.

Mohd. Ridzuan berkata, kekurangan permintaan pelanggan menyebabkan harga raja buah itu melibatkan semua baka jatvh antara RM10 hingga RM30, malah musang king sudah mula dijual antara RM16 hingga RM20 sekilogram.

Dia yang berniaga buah durian di Bandar Baru Kuala Lipis berkata, pasaran yang cukup ten4t ketika berdepan tempoh Per1ntah K4walan Pergerakan (PKP) menyebabkan durian yang berkualiti dan mahal sebelum ini kurang mendapat permintaan.

“Lambakan durian sangat ketara pada musim ini disebabkan pasaran tidak dapat menembusi kawasan luar kerana sekatan daerah dan negeri.

“Harapan saya untuk memperoleh pendapatan lebih sedikit menjelang Hari Raya Aidiladha juga hampa kerana kekurangan pelanggan berikutan perantau dan saudara mara dari luar daerah ini tidak dapat pulang ke kampung,” katanya.

Menurutnya, dia tidak akan menjual mengikut skala harga yang ditetapkan sambil menegaskan tawaran harga lebih murah kepada pelanggan walaupun durian musang king baka terbaik dan bermutu.

Pemuda itu yang berasal dari Kampung Kechau dan mempunyai kebun durian seluas dua hektar berkata, rata-rata pekebun durian mengeIuh kerana pasaran musim ini agak tenat dan tidak pulang modal bagi menampung pengurusan tanaman serta lain-lain kos.
 

Sumber: Harian Metro, UTUSAN ONLINE

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.