“Syukur Alhamdulilah, Tenang Hatiku...”- Fad Bocey Gembira Isteri Berhijab

“Syukur Alhamdulilah, Tenang Hatiku…”- Fad Bocey Gembira Isteri Berhijab

Hiburan Islamik Semasa Tempatan
Pelawak Fad Bocey bersyukur apabila isterinya, Nur Syahirah kini sudah berubah dengan penampilan berhijab.

Menurut Fad, hatinya kini semakin tenang.

“Syukur alhamdulillah, tenang hatiku,” tulisnya.

Fad berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Fad memuat naik foto isterinya yang bertudung hitam sedang tersenyum.

Rata-rata oengikutnya juga gembira dengan perubahan dan penghijarahan Syahirah serta mendoakan dia terus istiqamah.

Fad dan Syahirah mendirikan rumah tangga pada 15 Mac 2015.

Mereka telah dikurniakan dua orang anak kembar lelaki dan seorang anak perempuan.

Sementara itu dalam artikel berkaitan

Shiro muncul juara program Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) yang berlangsung di Royal Theatre, Shah Alam pada malam Jumaat lepas.

Shiro dianggotai oleh Ajak dan Shahrol. Kemenangan itu sekali gus menamatkan kejuaran dua kali berturut-turut kumpulan Bocey pada 2016 dan 2017. Bocey yang dianggotai oleh Abam, Fad dan Achey terpaksa berpuas hati ditempat kedua dan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM250,000 berserta trofi.

Sementara Zero yang dianggotai oleh Syarif, Syaiful dan Atu mendapat tempat ketiga mekayakkan mereka membawa pulang RM150,000 berserta trofi. Zero sebelum ini pernah merangkul gelaran juara MLM pada 2014. Dalam perkembangan sama, kumpulan Puteh dan Taman masing-masing mendapat tempat keempat dan kelima turut membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan RM15,000 berserta trofi.  Pada pertandingan akhir itu, kesemua peserta perlu membuat dua persembahan iaitu bertemakan bebas dan muzikal komedi. 

Zero tidak kecewa apabila hanya mendapat tempat ketiga.  Empat juri profesional yang mengadili peserta mewakili sebanyak 70 peratus markah. Mereka ialah Douglas Lim, Remy Ishak, Scha Alyahya dan Tya Ariffin. Manakala 30 peratus markah lagi berdasarkan undian penonton menerusi aplikasi Tik Tok. 

Sumber Mstar astrogempak dan IG FadBocey