“Makan kongsi talam & tidur dalam khemah yang sesak..”- Peserta Dedah Suasana Perhimpunan Tabligh Masjid Sri Petaling.

Hiburan

KUALA LUMPUR: Para jemaah tidur dalam khemah-khemah yang sesak di luar masjid berkubah emas, bangun sebelum fajar menyinsing untuk duduk dalam barisan sejadah yang dibentangkan di dewan utama. Pada masa itu, kor0navirvus berjangki1t
tanpa disedari.

Perhimpunan orang Islam itu yang diadakan pada penghujung bulan lepas di sebuah kompleks masjid yang luas di Sri Petaling, Kuala Lumpur muncul sebagai sumber ratusan jangkitan koronavlruvs baru di serata Asia Tenggara.

Seorang rakyat Malaysia berusia 34 tahun yang menghadiri acara itu men1inggal dunia semalam, kemat1ian pertama yang dikaitkan dengan acara yang berlangsung 27 Feb – 1 Mac di kawasan masjid.

Ia dihadiri 16,000 orang, termasuk 1,500 warga asing.

Daripada 673 kes koronav1rus yang disahkan di Malaysia, hampir 2/3 dikaitkan dengan pertemuan 4 hari itu, menurut Menteri Kesihatan Dr Adham Baba. Pertama-tamanya belum jelas siapa yang bawa viruvs itu ke sana.

Reuters bercakap dengan 6 peserta dan melihat gambar dan catatan di media sosial, dan keterangan menunjukkan beberapa cara wa4bak itu boleh tersebar.

Penganjurnya, gerakan dakwah Islam Jemaah Tabligh, yang asal usulnya boleh dikesan di India sekurun lalu, sudah menggantung kegiatan dakwahnya tetapi tidak mengulas secara langsung tentang acara itu.

Kumpulan itu juga tidak respon kepada permintaan untuk komen lanjut.

Masjid di mana acara itu diadakan ditutup dan seorang tetamu berkata dia salah seorang daripada puluhan ahli jemaah di situ bawah kuarant1in. Panggilan ke masjid tidak terjawab.

“Saya sebenarnya amat terkejut ia diteruskan,” kata Surachet Wae-asae, seorang bekas wakil rakyat Thailand yang menghadiri acara itu tetapi selepas pulang didapati negati1f jangki1tan viruvs.

“Tetapi di Malaysia, Tuhan amat penting. Kepercayaan kuat.”

Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kesi1hatan enggan mengulas lanjut tentang acara itu.

Berpegang tangan, berkongsi talam

Perhimpunan yang sesak itu, di mana tetamu terpaksa menaiki bas perantara untuk tidur di tempat-tempat lain, dihadiri warga puluhan negara, termasuk Kanada, Nigeria, India, dan Australia, menurut senarai hadirin yang dimuat naik di media sosial.

Juga terdapat warga China dan Korea Selatan – negara yang ada kadar jangki1tan koronaviruvs yang tinggi.

Masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur menjadi pangkalan utama Tablighi Jamaat di Malaysia.

Catatan media sosial memaparkan ratusan ahli jemaah bersolat dalam saf di masjid itu, dan ada beberapa tetamu memuatnaik swafoto berkongsi makanan.

Belum jelas berapa ramai tetamu pemastautin di Malaysia, tetapi kes kes yang dikaitkan dengan perhimpunan itu muncul setiap hari di serata Asia Tenggara.

“Kami duduk rapat-rapat,” kata seorang lelaki Kemboja berusia 30 tahun yang menghadiri acara itu kepada Reuters di sebuah hospital di wilayah Battambang, Kemboja di mana dia dir4awat selepas didapati positif koronavirvus pada Isnin.

“Orang dari banyak negara berpegang tangan di majlis keagamaan itu. Apabila saya saya bertemu orang, saya pegang tangan, ia normal. Saya tak tahu saya berjangk1it dari siapa,” katanya, yang tidak mahu dinamakan kerana bimbang akan didiskrimi1nasikan di masjidnya.

Tiada orang pimpinan acara itu bercakap tentang berpegang tangan, koronavirvus atau peringatan kesi1hatan semasa acara itu, tetapi kebanyakan tetamu membasuh tangan dengan kerap, kata 2 tetamu. Membasuh tangan dan anggota tubuh yang lain sebahagian daripada ibadat orang Islam.

Seorang lagi peserta dari Kemboja berkata tetamu daripada negara berbeza berkongsi talam di mana makanan disajikan.

Hanya separuh daripada peserta warga Malaysia yang menghadiri acara itu tampil untuk ujian, menimbulkan keb1imbangan w4abak dari masjid itu mungkin lebih luas.

Brunei mengesahkan 50 kes yang dikaitkan dengan perhimpunan di masjid itu, daripada 56 kes. Singapura mengumumkan 5 yang dikaitkan dengan acara itu, Kemboja 13 dan Thailand sekurang-kurangnya 2.

Vietnam, Filipina, dan Indonesia, yang hampir 700 warganya menghadiri acara itu, sedang menyiasat.

Orang digalakkan makan bersama daripada talam sebagai tanda persaudaraan seagama. (Gambar Facebook)

Bahawa suatu acara ziarah keagamaan diteruskan, pada ketika epidemik sudah meragvut 2,700 ny4awa dan mere3bak dari Itali ke Iran, mengundang kri1tikan.

Bukan acara keagamaan itu sahaja yang menyebarkan viruvs pada skala yang besar. Ribuan kes di Korea Selatan dikaitkan dengan acara di Gereja Jesus Shincheonji di bandar Daegu.

Beberapa peserta mempertahankan acara di masjid Sri Petaling, mengatakan pada ketika itu situasi di Malaysia – yang mengumumkan 25 kes yang diketahui setakat 28 Feb – tidak tervuk.

“Kami ketika itu tak bimbang kerana situasi Covi1d-19 pada ketika itu nampak terkawal,” kata Khuzaifah Kamazlan, seorang guru agama berusia 34 tahun di Kuala Lumpur yang menghadiri acara itu dan didapati negatif koronavi1rus.

Khuzaifah berkata beberapa ahli jemaah yang menghadiri acara itu enggan diuji bagi mengesan koronavi1rus, lebih suka bergantung pada Tuhan untuk melindungi mereka.

Karim, seorang warga Malaysia berusia 44 tahun yang menghadiri perhimpunan itu dan didapati positi1f koronavi1rus, berkata kerajaan patut memb4talkan acara itu.

“Kami kecewa kami dipers4lahkan sepenuhnya atas w4abak ini. Pandangan itu tidak adil. Tiada la4rangan dikenakan ke atas perhimpunan itu,” katanya yang hanya mahu dinamakan sebagai Karim.

“Sekarang saya bimbang kerana saya pos1itif. Tolong doakan saya.”

Lebih 182,000 orang di seluruh dunia dijangki1ti koronav1irus dan 7,165 men1inggal dunia.

120 Kes Baru Covid-19 Hari Ini, Malaysia Catat Dua Kemati1an Dalam Masa Sehari

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi sidang media sebentar tadi mengumumkan sebanyak 120 lagi kes baru dilaporkan di Malaysia menjadikan keseluruhan 673 kes positif Covid-19.

95 daripada kes baru itu berkait dengan kes kluster perhimpunan di Sri Petaling. Manakala tujuh lagi pesakit telah sembuh menjadikan 49 setakat ini.

Selain itu, Malaysia mencatat dua kematian pertama wabak tersebut iaitu merupakan kes ke-178 dan kes ke-358 hari ini.

Kes pertama

Kes ke-358 adalah lelaki warga tempatan 60 berusia mempunyai sejarah kronik.

Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac. Kesihatannya mula merosot dan dimasukkan ke ICU.

Hari ini disahkan meninggal dunia. Seramai 193 orang kontak rapat mangsa telah pun dikenalpasti dan sedang menjalani kuarantin di rumah.

Kes kedua

Manakala kes ke-178 merupakan lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling.

Beliau bergejala mulai 5 Mac dan dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac selepas positif COV1ID-19. Keadaan beliau mer0osot dan dimasukkan ke ICU sebelum disahkan meninggal dunia hari ini.

Apa kata anda? Dah baca, sila share dan komen ya. Terima kasih

Sumber: OMM & LM