Tahniah! Emma Maembong Selamat Bernikah Dengan Juruterbang.

Hiburan

Emma selamat disatukan dengan Muhd Shazli Azhar. Foto: Ezuwan Ismail

PELAKON Emma Maembong selamat menjadi isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar, 32, dengan sekali lafaz pada kira-kira pukul 11.58 pagi, Khamis.

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah  Persekutuan, Mohammad Akmal Abdul Aziz dan berwalikan bapa pengantin perempuan Ismail Embong dalam sebuah majlis tertutup di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

 

Pada majlis berkonsepkan warna putih itu dan dihadiri 300 tetamu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,000 bersama senaskhah Al Quran bersama tujuh dulang hantaran berbalas lima. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Pasangan ini mengadakan majlis pernikahan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan teman rapat.

“Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan. Tarikh nikah (20022020) juga sangat cantik dan kenapa tidak kami abadikan sebagai detik hari bahagia saya dan suami.

Shazli menyarungkan cincin di jari manis Emma.

“Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami menjadi pasangan suami isteri yang sah. Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami, insya-Allah,” katanya

Emma dan pasangan segak mengenakan busana serba putih rekaan pereka fesyen, Ezuwan Ismail.

Terdahulu Emma dilihat memasuki dewan pernikahan dengan diiringi bapanya, Ismail Embong.

Turut hadir pada majlis istimewa itu ialah beberapa rakan artis seperti Mawar Rashid, Aprena Manrose.

 

sumber : mstar