Tahniah! Tasha Shila Kini Bergelar Tunangan Orang.

Hiburan

Gembar gembur menyatakan pelakon cantik Tasha Shila bakal mengikat tali pertunangan bersama lelaki pilihannya  telah terjawab pada hari ini.


Majlis pertunangan Tasha bersama jejaka pilihannya Muhammad Atiq bin Idriss, 33 , yang bekerja sebagai petugas bahagian kewangan itu berlangsung  di Empire Damansara.

Walaubagaimanapun, majlis tersebut dikatakan berlangsung secara tertutup untuk keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Tasya turut menyatakan tenang bertemu dengan Atiq dan dapat merasakan cinta sejati apabila bertemu dengannya.

Mereka bakal bernikah hujung bulan ini di ibu negara. wow tahniah!

Sementara itu, Atiq menyatakan Tasha Shila seorang yang berhati baik, lemah lembut dan bersifat penyayang.

“Dia menjaga solat dan kami saling kenal ketika dia melakukan satu majlis amal di Masjid Wilayah”

Terdahulu Tasha di risik pihak lelaki pada 1 Februari

Tahniah kami ucapkan kepada Tasha Shila kerana telah menjadi tunangan kepada Muhamad Atiq hari ini. Semoga paduan dua jiwa ini sentiasa berkekalan dan dipermudahkan urusan ke jinjang pelamin kelak. ⁣

sumber : Ig Tasha Shila/ MH