“Tak adil yang dakwa keluarga saya masuk campur, Nabila dar4h daging kami tentulah sokong”- Neelofa

“APA yang saya kesalkan ialah perkara ini dipanjangkan, walhal ia boleh diselesaikan dengan mudah,” kata Neelofa berhubung tindakan pelakon Sharnaaz Ahmad yang memanjangkan persengketaan dengan kakaknya, usahawan Noor Nabila apabila dia enggan menceraikan isterinya.

Neelofa berkata, walaupun proses perceraian antara mereka menjadi rumit, dia percaya Nabila kuat untuk menempuhi ujian mendatang.

“Cabaran yang dilalui Nabila agak sukar, tetapi saya tahu perjalanan ini akan mematangkan dia. Banyak lagi perkara yang dia akan tempuh sepanjang proses perceraian berlangsung,” katanya.

Menurut Neelofa, dia dan seluruh ahli keluarga lain tidak henti memberikan sokongan kepada Nabila.

“Sebagai adik, sudah tentu saya akan menyokong kakak saya. Sama juga seperti ahli keluarga dan rakan rapat lain, mereka memberikan dorongan tidak berbelah bahagi kepada Nabila.

“Tak adil apabila ada tuduhan yang mendakwa keluarga saya masuk campur. Sudah semestinya kami memberikan sokongan kerana Nabila darah daging kami.

“Saya pasti keluarga dia juga sama, memberikan sokongan terhadap Sharnaaz. Jadi tak adil untuk menuding jari kerana kedua belah keluarga sama sahaja, menyokong dan bersuara,” katanya.

Pada 11 September lalu, Sharnaaz bertukar fikiran dan enggan menceraikan Nabila kerana ingin menyelamatkan rumah tangga mereka.

Susulan itu, mahkamah memerintahkan satu jawatankuasa pendamai dibentuk selepas Sharnaaz membuat keputusan tidak mahu melepaskan Nabila.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis pada 31 Mac 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden, Ogos tahun lalu.

sumber : hmetro

error: Content is protected !!