“Tak Boleh Tergesa Sekat Pelancong China, Negara Terikat Dengan Deklarasi WHO PHEIC ” – Menteri Kesihatan.

Hiburan

 

Wabak koronavirus di negara ini belum memasuki tahap serius, kata Perdana Menteri.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Kementerian Kesihatan sudah mengambil langkah wajar untuk menyaring pelancong dari China dan mengenakan kuarantin kepada mereka yang ada simptom penyakit itu.

Beliau berkata, rakyat Malaysia yang berada di China sejak beberapa hari lalu juga akan diperiksa sebelum memasuki semula negara ini untuk memastikan mereka tidak meny3barkan penyakit berkenaan.

Sumber: Bernama via TheReporter

Jangan Panik, 4 Kes Coronavirus Cuma Kluster Bukan Wabak – TPM

empat pelancong warga China telah dikesan positif c0r0navirus di negara ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menasihatkan rakyat agar tidak p4nik.

Memetik laporan Malaysia Gazette pada 26 Januari, beliau menjelaskan, empat kes koronavirus itu hanya diklasifikasikan sebagai kluster dan bukannya wabak.

Wan Azizah memberi nasihat itu berdasarkan kepada penerangan yang diberikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

“Saya telah mempengerusikan mesyuarat khas dengan kluster penyakit kluster virus yang telah dikesan di Wuhan, China yang kini merebak ke seluruh kepada 14 negara, di mana dilaporkan empat kes positif di Malaysia.

“Penyakit ini terkawal, jadi kita tidak mahu panik dan keadaan masih terkawal,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Kluster Novel Koronavirus (2019-nCoV) di pejabatnya.

Secara keseluruhan, beliau berkata, keempat-empat warga China itu dalam keadaan sihat dan stabil.

“23 kes sudah disahkan negatif dan masih terdapat empat kes yang masih menunggu keputusan makmal,” jelasnya.

Datuk Seri Dzulkefly Ahmad mendengar taklimat situasi terkini coronavirus. Kredit foto: Facebook

Sementara itu, Malaysia Gazette melaporkan, Dzulkefly berkata, Malaysia tidak boleh bertindak tergesa-gesa menyekat kedatangan pelancong dari China kerana negara ini terikat dengan deklarasi Public Health Emergency of International Concern (PHEIC) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Kita tertakluk kepada WHO PHEIC dan kita tidak mahu melanggar peraturan pertubuhan tersebut tetapi dalam masa yang sama kita akan menimbang dan membuat penilaian terhadap keperluan negara.

“Kita tidak akan berkompromi dengan kesihatan rakyat kita,” katanya.

Orang ramai juga sewajarnya merujuk maklumat sahih yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi kerajaan lain berhubung isu c0r0navirus. – CARI

Koronavirus: Saringan di pintu masuk negara diperketat – TPM

PUTRAJAYA: Saringan di setiap pintu masuk ke negara ini akan diperketatkan lagi dalam usaha mengekang penularan kluster novel koronavirus (2019-nCoV), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, pasukan yang terdiri daripada beberapa pegawai dan anggota dari Kementerian Kesihatan, Jabatan Imigresen dan pihak Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan ditugaskan menyaring kemasukan pelancong dari luar negara, khususnya China.

“Pintu masuk akan diperketatkan. Sebelum menaiki penerbangan (ke sini) pun mereka akan disaring, ditanya beberapa soalan yang boleh beri sedikit maklumat kepada kita sama ada mereka ini berisiko (dij4ngkiti) ataupun tidak,” katanya media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Kluster Novel Coronavirus (2019-nCoV), di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang.

Dalam pada itu, Dr Wan Azizah berkata, Kementerian Kesihatan mempunyai fasiliti yang mencukupi untuk melakukan proses saringan.

Pada masa sama, beliau memaklumkan mesin pengesan haba, yang kini sebanyak 51 buah, akan ditambah di pintu masuk negara.

“Kita memang nak tambah lagi (mesin pengesan haba), untuk ambil suhu bayi dan sebagainya. Kerana kita ada kekangan, kadang-kadang ada p3sakit tidak menunjukkan gejala, tetapi dia menjadi pembawa kepada virus itu,” katanya lagi.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, berdasarkan faktor itu maka diputuskan pihaknya memutuskan agar prosedur seperti bertanya soalan diperkenalkan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kebarangkalian mereka membawa virus 2019-nCoV. – AstroAwani

 

Sumber: Kasi VIral