
Sebut sahaja kaunter kerajaan pasti ramai yang pernah merasai dan serik dengan tempoh menunggu yang lama dalam membuat sesuatu urusan.
Organisasi kerajaan sendiri sudah pasti menerima puluhan malah ribuan aduan mengenai kecekapan dan kepantasan mereka dalam mengendali urusan pelanggan di kaunter, namun ianya seperti masalah berulang dan tiada penyelesaian yang terbaik di lakukan.
Menerusi satu perkongsian di Twitter, sebuah video viral mengenai seorang lelaki yang dilihat mengamuk pada pegawai kerajaan di sebuah pejabat kerajaan yang tidak diketahui. Ini apa yang berlaku…
Letih menunggu 4 jam, disuruh pulang pulak?
Menurut video tersebut, lelaki yang tidak dikenali ni katanya telah menunggu di pejabat kerajaan tersebut lebih kurang 4 jam iaitu dari jam 10 pagi hingga 2 petang. Tapi bila sampai gilirannya, dia disuruh pulang pula sebab kakitangan kerajaan katanya tak cukup orang.
Dan yang lagi best, pegawai kerajaan tu cakap sekarang ialah masa break mereka walaupun pada masa kejadian ramai je pegawai lain yang dilihat berjalan ke sana sini tanpa ada apa-apa kerja. Nah tengok video abang ni mengamuk.
A Malaysian loses his cool at a government office when he waited from 10am – 2pm, and when he was served, the officer asked him to come back other time citing lack of manpower and its their time for a break – when there’s so many people walking around seemingly doing nothing pic.twitter.com/waCli0J6zH
— Hilmi Adi Ruzaini (@HilmiAdi) February 26, 2019
“Boleh faham perasaan dia, rasa dia pun lunch tak lagi kot. Sesiapa tunggu 4 jam dengan perut kosong boleh jadi naga ooo…”
Rata-rata bersetuju dan mengakui sesiapa pun yang berada di tempat lelaki tu pasti hangin dan mengamuk macam naga.

Sumber: Twitter

Masih tidak dapat di kenal pasti kaunter lokasi insiden ini dan kebanyakan netizen juga menasihati lelaki terbabit untuk buat aduan akan sikap pegawai yang bertugas di pejabat kerajaan tersebut.
sumber : lobakmerah