‘Hisap Rokok, Tak Jaga Solat’ – D4kwa Polis, Tentera Tak Jaga Solat, Asri Janggut M0hon Maaf

Semasa Tempatan

NAMA Asri Janggut hangat diperkatan selepas dia membuat dakwaan pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh, Selangor.

Malah, isu itu turut mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sehingga membawa kepada pertemuannya dengan pemilik rangkaian Hot Burger Malaysia itu di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Isnin.

Di media sosial, rata-rata netizen mengangkat Asri atau nama sebenarnya Mohd Asri Hamid sebagai hero kerana berani membongkarkan aktiviti yang melanggar undang-undang di negara ini.

Namun pada Selasa, dia mula dihentam netizen selepas tular pula satu video yang mempertikaikan tentang ibadat golongan yang bekerja sebagai polis dan tentera.

Komen yang dibuat Asri Janggut

“Kebanyakan yang masuk jadi polis, jadi tentera ini tidak jaga solat. Kebanyakan memang tak jaga solat.

“Terlalu mudah, cair, cepat. Hisap rokok, tak jaga sembahyang. Cuba tanya anggota polis, subuh sembahyang tak?

“Bila last sembahyang Subuh bawa isteri (berjemaah)?

“Pernah tak tanya anak apa itu syahadah,” katanya dalam video itu.

Asri bertemu Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pada Isnin.

Asri Janggut minta maaf atas keterlanjvran

“Saya ingin mem0hon jutaan maaf atas kejahilan saya…” inilah ungkapan maaf dari pemilik peniagaan Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau lebih mesra dengan Asri Janggut menerusi satu kenyataan menerusi Facebook Hot Burger Malaysia selepas satu video mula tular di Facebook lewat malam semalam.

Menurut Asri, beliau kesal dengan kata-katanya itu yang dikatakan menyentuh hal solat seseorang. Beliau juga akui kelemahan dan keterlanjvran kata, mengakui dengan kes4lahan tersebut dan mem0hon sejuta maaf kepada orang ramai.

Video itu mula tular sejak lewat malam semalam selepas Asri Janggut mendakwa bahawa kebanyakan anggota polis dan tentera  tidak jaga solat sehingga menimbulkan kemarahan netizen. Dakwaan itu dibuat ketika satu sidang media bersama ahli majlis tertinggi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) semalam.

Netizen tak setuju dengan kenyataan Asri Janggut

Menurut netizen, kenyataan serkap jarang itu membawa persepsi negatif terhadap anggota badan beruniform khususnya melibatkan hal ibadah mereka.

Malah kata netizen, ibadah solat merupakan urusan peribadi seseorang individu dengan Allah dan ia tidak patut dikaitkan dengan anggota polis dan tentera sahaja.

“Yang tak jadi polis dan tentera pun ramai yang tak jaga solat… Jangan mahu salahkan pasukan keselamatan.

“Sampai ke solat anggota polis dan askar pun sempat dia buat statistik ya? Hebat ustaz ni.

“Dari hero ke zero… terlajak perahu boleh diundur. Adakah kita memiliki sifat Allah Maha Mengetahui segalanya?

“Pakcik aku polis dan sangat menjaga solat dia. Plus, memang sembahyang berjemaah dengan famili dia,” tulis netizen.

‘Kecewa dengar’

 

Sumber: Hot Burger Malaysia, mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.