“Tak Nak Kawan Sudah..” Sweetnya Video Call Remy & Mira Filzah, Bestfriend Ya!

Hiburan

Pelakon Mira Filzah tampil menjelaskan dia dan pelakon Remy Ishak tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa selepas kedua-dua mereka sering digandingkan bersama sejak dari Jun lalu.

“Gandingan pertama kami menerusi filem “Sangkar” dan diikuti filem “Rise: Ini Kalilah”. Kemudian, kali ketiganya kami berlakon pula dalam drama “Lelaki Kiriman Tuhan” dan keempat, “Pujaan Hati Kanda”.

“Apapun, kami tidak bercinta tapi memang berkawan sebab bekerjasama. Lagi pun, macam mana nak bekerjasama kalau tanpa berkawan. Mungkin dengan hubungan kawan itu, kita jadi selesa untuk bekerjasama. Itu saja, memang tak ada apa-apa pun,” ujarnya yang dipetik dariĀ Harian Metro.

Tambah Mira lagi, hubungan mereka hanya sekadar rakan sekerja sahaja.

Dalam pada itu, Mira mengakui bahawa Remy merupakan seorang pelakon yang cukup serius dan komited dalam setiap kerjanya.

Bagaimanapun IG Fav Drama berkongsi video call antara Mira Filzah dan Remy Ishak . Jika dilihat Mira Filzah pada waktu itu berada di Wangsa Walk mempromosikan episod Drama akhir Lelaki Kiriman Tuhan, manakala Remy tidak sertai bersama kerana khabarnya juga turut mempromosi Drama Pujaan Hati Kanda pula di lain lokasi.

Sudah pasti hubungan mereka hanya sebagai rakan artis memandangkan Remy Ishak telahpun menjadi tunangan orang. Harap cik tunang tidak cemburu ye.

Sumber : IG Fv Drama, IG Sarahhildebrand Teks Oleh Harian Metro/Media Hiburan Terkini.