“Tak pasal kena d3nda betul-betul..”- Selebriti media sosial dik0mpaun RM1,500

PUTRAJAYA: Seorang selebriti media sosial (instafamous) dikenakan k0mpaun RM1,500 kerana tidak memakai pel1tup muka dalam video adegan raya membabitkan anggota polis berpakaian seragam yang dimuat naik di laman sosial miliknya, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, k0mpaun kerana mel4nggar prosedur 0perasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara itu dikeluarkan selepas lelaki terbabit hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini, semalam.

MG-04052021_02

Mengulas mengenai video itu, beliau berkata pihaknya mengesan ia dimuat naik individu terbabit pada 9.15 malam, Ahad lalu dan semakan mendapati lokasi adegan raya itu dilakonkan di Bukit Rimau, Presint 3, di sini.

“Video itu turut membabitkan kenderaan polis jenis Proton Preve serta kenderaan persendirian jenis Honda City milik lelaki tempatan dan anggota yang terbabit dalam adegan lakonan itu berpakaian penuh ser4gam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Fadzil berkata, dalam video berkenaan, individu terbabit tidak memakai pel1tup muka selain dilihat mempersendakan alasan diberikan bagi tujuan rent4s negeri.

Katanya, dua anggota polis dan seorang anggota tentera yang terbabit dalam video itu sedang bertugas dalam pasukan pematuhan SOP Per1ntah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) IPD Putrajaya.

“Saya tidak pernah membenarkan video itu dir4kam atau dikeluarkan dan tiada bayaran atau sagu hati diterima pihak polis dalam hal ini,” katanya.

Terdahulu sebuah video berdurasi dua minit 21 saat menjadi tular di laman sosial memaparkan aksi seorang instafamous lelaki yang juga usahawan produk kosmetik memegang plakad dengan pelbagai alasan kononnya ingin merentas negeri.

Dalam video tersebut turut kelihatan tiga anggota bertugas dengan berpakaian uniform lengkap meminta instafamous berkenaan berpatah balik selain ada adegan mereka menikmati juadah raya bersama-sama.

Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen dengan rata-ratanya mengecam instafamous terbabit yang tidak memakai pelitup muka selain dianggap mempersenda alasan untuk merentas negeri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

 

Sumber: BERNAMA, MG, Instagram Hafiz Mahamad

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Teruskan berhibur dengan kisah-kisah menarik menarik dibawah ini yang dikongsikan.