“Tak payah bangga sedangkan ada yang tidur bawah jambatan”- Mila Jirin Di Katakan Menunjuk Bila Tayang Aset Ke 10.

Hiburan

Berkat usaha dan rezeki yang tidak putus dalam perniagaan, penyanyi Mila Jirin berkongsi rasa gembiranya memiliki aset ke-10 di Johor Bahru.

Mila turut meluahkan rasa syukurnya berkongsi sama foto di hadapan banglo mewahnya itu bersama suami, A.Ailis Mustapha.

“Alhamdulillah dah ada rumah di Johor Bahru. Aset kami yang ke-10 di JB insya-Allah.

 

“Lepas ni 4 hari Puchong, 3 hari di JB lah ye encik suami. Tak pun kita main osom-osom yer.

“Lepas ni nak ke pejabat di JB boleh naik basikal saja,” tulis Mila di Instagram.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang tidak berpuas hati dengan perkongsian Mila itu dan menuduh penyanyi lagu Persis Mutiara itu sengaja menunjuk-nunjuk.

“Memang bagus berjaya banyak duit tapi kena peka terhadap tanggungjawab kemasyarakatan juga. Rumah ke 10?

“Lagipun Islam melarang umatnya berlebihan. Tiada apa nak dibanggakan sebenarnya bila tamak sampai ada 10 rumah sedangkan ramai disekeliling anda satu rumah pun tiada malah yang duduk bawah jambatan pun masih ada,” tulis pemilik akaun @nisawhitby.

Namun, ramai yang masih menjadikan Mila sebagai sumber inspirasi untuk berjaya dalam bidang perniagaan.

Hingga ada yang menyifatkan penyanyi kelahiran Pulau Pinang itu sebagai ‘supermila’.

sumber : gempak