“Tak Perlu Orang Negatif Dalam IG Saya “- Muat Naik Gambar Mesra Dengan Suami, Datin Eina Azman Tempelak Follower.

Hiburan

Beberapa hari lalu, pelakon Datin Paduka Eina Azman ada memuat naik foto mesra sambil dipangku suami tercinta Datuk Paduka Kaiser menerusi Instagram.

Cuma, dalam ramai yang gembira melihat kemesraan pasangan berkenaan, ada segelintir netizen yang tidak berapa suka dengan tindakan ibu kepada pasangan kembar itu.

 

View this post on Instagram

 

Love of my life ❤️ @datopadukakaiser

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on

Lalu, pandangan tersebut dibalas Eina dengan mengatakan foto mesra dirakam bersama suami dan bukannya suami orang.

Pada masa sama, Eina turut memaklumkan orang lain perlu ada rada hormat apabila menjengah lalu memberi komen di akaun Instagram orang lain.

Malah, Eina turut meminta supaya yang tidak berapa suka dengan apa yang dimuat baik boleh memilih untuk tidak mengikutinya lagi di media sosial.

Apapun, pasangan ini memang sedia diketahui sebagai pasangan serasi yang sering berkongsi momen mesra bersama suami dan anak-anak.

Biasalah tu, bukan hati semua orang kita boleh puaskan. Betul tak?

Foto: Instagram Eina Azman/ Media Hiburan