“Tangan Di Dada Tidak Salam Wanita Berhijab “-Lawatan PM Kanada Yang Kacak Ini Di Singapura Undang Perhatian Ramai.

Semasa

Mungkin ada segelintir daripada kita tak tahu bahawa negara Kanada mempunyai pemimpin yang kacak. Bahkan, Perdana Menteri dari negara tersebut, Justin Trudeau ini seorang yang rendah diri dan berjiwa rakyat. Lawatannya ke Singapura ternyata dikagumi oleh rakyat setempat.

Dia dilihat melawat ke kawasan gerai makan di sekitar Jalan Adam dengan berkemeja putih melayan semua pengunjung disitu. Berpakaian kasual sambil selfie dengan  penduduk setempat.

Canadian PM Justin Trudeau visits Adam Road hawker centre

SPOTTED: Canadian Prime Minister Justin Trudeau visiting the Adam Road hawker centre early this morning.

Posted by Channel NewsAsia on Khamis, 15 November 2018

Faham budaya, tak salam wanita bertudung, Salute!

Trudeau menyambut dan bertegur sapa dengan pengunjung di kawasan gerai makan di kawasan Bukit Timah. sekitar  jam 7.45 hingga 8 pagi tadi.

Video yang berudurasi 50 saat itu memaparkan dia melayan dengan mesra dan berhenti di sebuah meja. Apa yang menariknya, selepas dia salam lelaki tua, Trudeau kemudiannya enggan salam wanita bertudung, beliau dengan sopan menyentuh dadanya sendiri sambil bertutur dengan sopan.

Pertama kali berkunjung ke Singapura

Menurut sumber , ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke Singapura. Tujuan Trudeau berada di bandar itu sebagai tetamu pengerusi Asean untuk sidang kemuncak Asean yang berakhir semalam.

Semalam, Trudeau dilihat di Fort Canning memberi penghormatan kepada neneknya.

Beliau akan meninggalkan Singapura hari ini untuk ke Papua New Guinea untuk menghadiri mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik.

Trudeau yang sedang menjadi sensasi global kerana kekacakkannya yang lebih menyerlah berbanding Perdana Menteri dunia lain merupakan seorang bapa kepada tiga orang kanak-kanak comel dan suami kepada Sophie Gregoire, seorang wartawan televisyen dan radio.

Trudeau aktif menjadi ahli politik selepas kematian ayahnya. Dia memenangi pencalonan Liberal di Papineau pada 2007 dan menjadi ahli parlimen pada 2008. Kemudian dia dilantik semula menjadi ahli parlimen pada 2011.

Setelah menolak beberapa kali tawaran menjadi pemimpin parti Liberal, akhirnya Trudeau menyatakan niatnya itu pada 2012 dan menangi pilihan raya pada 2013 walaupun dikritik oleh lawannya kerana tidak berpengalaman dan kekurangan dari segi kedudukan polisi.