“Tak Semua Artis Korea Plastik Ok..” Tuduhan Muka Plastik, Daler Yusuf Di Serang Peminat Korea.

Lawak & Seram

Sebelum ini kita kerap dengar mengenai pembedahan plastik bertujuan mencantikkan paras rupa dalam kalangan selebriti di Korea. Namun, tidak semua selebriti di sana melakukan plastic surgery ini.

Kenyataan lantang pelakon Daler Yusuf di ruangan komen Instagram Dato Sri Siti Nurhalizamendakwa pelakon dan model Korea, Biblee kelihatan cantik kerana melakukan plastic surgery. Malah, kenyataan itu membuatkan peminat Korea ‘menyerang’ Daler Yusuf.

She’s full of plastic surgery

Foto bersama Biblee semasa di sebuah acara di ibu kota ini telah dimuatnaik menerusi akaun Instagram rasmi Dato Sri Siti Nurhaliza. Bagaimanapun, foto ini telah mendapat respon dari pelakon Daler Yusuf yang telah meninggalkan komen menyatakan wajah pelakon Korea itu adalah tidak semulajadi. Dia mendakwan kecantikkan paras rupa Biblee dibantu oleh pembedahan plastik.

She’s too pretty to be natural

Kenyataan Daler Yusuf yang lantang itu telah ‘diserang’ peminat-peminat Korea. Malah, mereka menyifatkan Daler Yusuf tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan demikian. Tidak semua pelakon atau penyanyi Korea melakukan pembedahan plastik. Ada juga di antara mereka hanya menggunakan solekan untuk kelihatan cantik.

Daler Yusuf telah pun tampil memohon maaf atas keterlanjuran kenyataan tersebut. Berdasarkan pengetahuannya sebelum ini ramai artis Korea telah melakukan pembedahan plastik. Bagaimanapun, pelakon ini telah tampil memohon maaf buat semua peminat-peminat Korea di ruangan komen Instagram Siti Nurhaliza.

Fikir Dulu Jangan Ikut Sedap Mulut

Tak semua artis korean plastik okeyy

Sumber: CTDK via ohbulan