” Tamatlah kursus ketenteraan Hassanal ..”- Raja Permaisuri Umum Tengku Hassanal pulang 10 hari lagi.

SETIAP ibu yang berjauhan dengan anak-anak pastinya gembira apabila menerima perkhabaran mengenai kepulangan mereka.

Seperti ibu-ibu lain, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga turut mempunyai perasaan sama.

Hal itu diluahkan baginda menerusi satu posting terbaharu di laman Twitter pada Selasa.

Menerusi posting itu, anakanda baginda, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dikhabarkan akan pulang ke tanah air pada 13 Disember ini.

“InsyaAllah pada 13 Disember, tamatlah kursus ketenteraan Hassanal di Royal Military Academy Sandhurst (England),” titah baginda di Twitter.

Posting Raja Permaisuri Agong di Twitter pada Selasa.

Ujar baginda, sekembalinya ke tanah air, Tengku Hassanal akan berkhidmat di Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Batalion 12 yang terletak di Kuantan, Pahang.

Baginda turut mengakhiri posting berkenaan dengan lafaz Alhamdulillah sambil menyertakan sekeping foto Tengku Hassanal yang segak memakai baju Melayu putih.

Dalam pada itu, posting berkenaan turut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya gembira dengan berita berkenaan.

“Patik rasa ramai tunggu dekat airport ni.

“Tahniah Tengku Hassanal. Selamat berkhidmat untuk negara. Tuanku Permaisuri must be so proud of him.

“Sembah tahniah buat Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Pemangku Raja Pahang,” tulis beberapa netizen.

Tengku Hassanal bakal pulang ke Malaysia pada 13 Disember depan.

Pada Jumaat lalu, baginda permaisuri turut memuat naik foto Tengku Hassanah dengan kapsyen: “My beloved son… Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Tengku Hassanal dalam foto berkenaan segak memakai seragam tentera sambil mengangkat tabik hormat dalam satu acara sebelum ini.

Berikut adalah biodata rasmi Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dikeluarkan Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Tengku Hassanal telah diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Pendidikan:

2002 – 2005 : Sekolah Kebangsaan Saint Thomas, Kuantan, Pahang

2006 – 2009 : Caldiccott Preparatory School, London, United Kingdom

2009 – 2014 : Sherbone School, London, United Kingdom

2015 – 2018 : University Institute– Geneva School Of Diplomacy and International Relations

Bachelor of Arts In International Relations

Tengku Hassanal dikhabarkan akan pulang pada 13 Disember ini.

27 September 2018 : Initial Cadet Familiarisation Training Programme, Kem Batu 10, Pekan

1 Januari 2019 – 14 Disember 2019 : Commisioning Course, Royal Military Academy Sandhurst

Ketenteraan: 

31 Oktober 2018 – Pegawai kadet Angkatan Tentera Malaysia

Pelantikan sebagai Tengku Panglima Besar Pahang:

Pada 18 Jun 2018 telah dilantik menjadi Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang di Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Antara foto di Instagram Tengku Hassanal.

Pelantikan sebagai Tengku Mahkota Pahang dan Pemangku Raja Pahang:

Istiadat pemasyhuran telah diadakan pada 29 Januari 2019 di Balairung Seri Istana Abu Bakar Kuantan. Pelantikan Tengku Hassanal sebagai Pemangku Raja Pahang bagi menggantikan ayahanda baginda yang ketika itu bakal melafaz sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Sukan:

Tengku Hassanal amat meminati bidang sukan. Pada 25 Jun 2016, Tengku Hassanal telah mengikuti acara perlawanan amal yang dinamakan The Jerudong Park Polo Trophy bersama Putera William, Duke of Cambridge dan Putera Harry di Cirencester Park Polo, England.

Selain meminati sukan berkuda polo, Tengku Hassanal juga meminati sukan lain seperti ragbi, bola sepak, golf, menembak, dan sukan rakyat.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber mStar

error: Content is protected !!