“Tariklah Saya Bersama ke Syurga..”- Menyentuh Jiwa Cikgu Peluk Anak Murid Istimewa Di Hari Perpisahan.

Santai Tauladan Tempatan

 

‘Tariklah saya ke syurga’ – Pesan Cikgu Khairul dalam video tular pelvk murid Pendidikan Khas

‘Andaikata masa hari hisab saya di padang M4hsyar nanti berat kebvrukan saya lebih daripada kebaikan, saya harap awak semua dapat memberatkan timbangan kebaikan saya, bantulah saya di sana nanti, tariklah saya bersama ke syurga dengan kamu semua..’,

Ini antara pesanan yang sempat dititipkan oleh seorang guru di majlis perpisahan sekolahnya sambil menangis baru-baru ini…

Video tular, yang menunjukkan seorang guru Pendidikan Khas SMK Tengku Kudin, Raub Pahang, memelvk civm pelajarnya tanpa mengira bangsa telah menarik perhatian netizen.

Cikgu Mohd Khairul bersama Pengetua, Cikgu Lukman Yatimi Ahmad

Rata-rata melahirkan rasa sebak dan turut bersedih dengan reaksi yang ditunjukkan oleh guru tersebut yang kini mengajar di SMK Bandar Chiku, Gua Musang Kelantan.

Menurut pemilik video yang juga Pembantu Pengurusan Murid dalam Pendidikan Khas Integrasi di SMK Tengku Kudin, Mohd Raizuddin Abdullah berkata, Cikgu Mohd Khairul Che Hassan adalah seorang guru yang serba boleh dan berpengetahuan tinggi. Malah beliau sangat disenangi dan disayangi oleh semua murid-muridnya.

Maka tidak hairanlah, ketika majlis perpisahannya itu, semua murid dan warga pendidik menangisi pemergiannya ke sekolah baharu.

“Cikgu Khairul suka bercucuk tanam, dan pandai memasak. Segala ilmu yang dia ada akan cuba dicurahkan sebaik mungkin kepada pelajar-pelajar istimewanya.

“Sebenarnya hampir 10 tahun juga Cikgu Khairul mengajar di SMK Tengku Kudin. Cikgu ni yang banyak mengajar pelajar pendidikan khas ini berdikari. Contohnya pertanian, penternakan, memasak, dan ada juga di antara bekas pelajarnya sudah berjaya dan bekerja sendiri.

Menurut Raizuddin lagi, di sekolah, Cikgu Khairul memang rapat dengan pelajar.. dah macam ayah dan anak. Ibu bapa pelajar pun turut menyenangi cikgu ni.

“Ada satu kata-kata beliau yang sangat menyentuh hati ketika majlis perpis4han…’ Andaikata masa hari hisab saya di padang Mahsy4r nanti berat keburukan saya lebih dari kebaikan, saya harap awak semua dapat memberatkan timbangan kebaikan saya, bantulah saya di sana nanti, tariklah saya bersama ke syurga dengan kamu semua..’ Itu yang buat kami semua sebak..”, jelasnya panjang lebar.

Video yang dikongsi Raizuddin turut mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen. Rata-Rata meluahkan rasa seb4k dan sed1h.

Men4ngis pagi-pagi…

Anugerah terbaik

Untung murid dapat cikgu penyayang

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: GPS Bestari via SoyaLemin