Telenovela ‘La Usurpadora’ Popular 18 Tahun Lalu, Kini Wajah Pelakon Utamanya Gabriela Spanic, Mencecah Usia 45Tahun

Hiburan Semasa

di stesen TV Malaysia, admin yakin korang jugak mesti pernah tonton La Usurpadora kan? Alah cerita yang pasal pasangan adik beradik kembar seorang jahat dan seorang baik tu. Heronya pulak si duda hot Carlos Daniel Bracho!

Kalau Thalia masih lagi aktif menyanyi, mesti korang tertanya-tanya apa yang terjadi dengan Gabriela Spanic, pelakon utama La Usurpadora ni. Masih jelitakah macam dulu ataupun tak seperti yang korang sangkakan? 

 

Sumber: Pinterest

Nah, kami bawakan perkembangan terbaru mengenainya! 

Gabriela Spanic ada adik beradik kembar in real life! 

Mencecah usia 45 tahun, Gabriela yang berasal dari Venezuela ni tak ramai yang tahu sebenarnya ada adik beradik kembar bernama Daniela Spanic. Jadi wajarlah ramai yang samakan kisah hidup Gabriela ni dengan telenovela La Usurpadora. Hubungan mereka juga baik sehingga sekarang tau!

Dulu | Sumber: Blog
Now | Sumber: Eonline

Kahwin, cerai dan curang. Gabriela memang bad luck dalam hubungan cinta? 

Menurut Tribunnews, Gabriela yang aktif berlakon sehingga tahun 2014 ni sebenarnya pernah berkahwin dan memiliki seorang anak. Lebih mengejutkan Gabriela ni menikah dengan salah seorang aktor dalam La Usurpadora jugak tau. Korang mesti familiar dengan muka pelakon ni kan?

Sumber: Blog
Scene dalam La Usurpadara | Sumber: Blog

Tapi nampaknya hubungan tu tak kekal panjang sebab Gabriela dikatakan curang dengan co-star siri telenovelanya. Biasalah orang cantik kan? After beberapa kali terjebak dengan failed relationship, Gabriela kini bahagia dengan anak lelakinya bernama Gabriel de Jesus.

Wajah cantik berubah, Gabriela buat pembedahan kecantikan? 

Seperti kisah telenovela, kisah hidup Gabriela ini penuh dengan liku-liku kehidupan. Tak lama dulu, dia pernah cuba diracun dengan ammonium sulphate oleh pembantu peribadinya sehingga ia hampir meragut nyawa.

Sejak dari itu, ramai yang kata kecantikan Gabriela yang natural tu nampak memudar dan tak macam dulu lagi. Terbaru, portal hiburan latin, Quemas, menuduh pelakon terkenal ini membuat pemb3dahan plastik.

Korang boleh tengok perubahan drastik Gabriela dari zaman La Usurpadora hingga sekarang.

Ingin lupakan kisah lama, Gabriela kini lebih aktif layan peminat di Instagram

Yang lepas tu biarlah lepas kan? Gabriela kini yang mempunyai hampir 1 million followers di Instagram lebih gemar luangkan masa bercuti bersama anaknya, terlibat dengan beberapa persembahan dan berinteraksi dengan peminat di laman sosial.

Kalau korang nak follow lebih lanjut tentang perkembangan ratu telenovela ni, follow je @gabyspanictv.

View this post on Instagram

¡Firmeza y determinación! Fuerza, fe y esperanza mis ángeles. Contrataciones, publicidad, RRSS y RRPP: @danielferrerc

A post shared by Gabriela Spanic (@gabyspanictv) on


sumber : lobak merah