“Tengok Keadaan Macam Mana ”- Ain Afini Pertimbangkan Hasrat PU Abu Ingin Rujuk Semula

Hiburan

Kemelut rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu dengan bekas isteri Ain Afini sudah pun berakhir apabila pasangan itu disahkan bercerai talak dua minggu lalu. Meskipun tidak lagi bergelar suami isteri, namun kisah mereka masih lagi menjadi perhatian ramai.

Terdahulu, Ain mendedahkan PU Abu menyesal dengan perbuatannya dan berhasrat mahu rujuk semula. Namun, Ain menjelaskan dia tidak mampu untuk kembali bersama bekas suaminya itu semula.

Baru-baru ini, menerusi Instagram Live, ada netizen bertanyakan sama ada dia bersedia menerima semula PU Abu sebagai suami. Ain berkata dia akan mempertimbangkan perkara itu namun menyerahkan segalanya kepada takdir.

“Tengok keadaan insyaAllah, tengok keadaan macam mana. Saya tak berani nak cakap mengenai perkara ini kerana kita tak boleh nak rancang. Kalau ada, ada, kalau tiada, tidak mengapa,” katanya.

Dalam pada itu, Ain Afini menafikan dakwaan kononnya dia tertekan dengan kata-kata netizen sehingga menyebabkan bayi dalam kandungan kurang aktif seperti yang didakwa oleh PU Abu sebelum ini.

“Sebenarnya saya bukan stress dengan netizen pun, mereka banyak beri kata-kata semangat. Tapi saya banyak terasa dengan orang sekeliling.

“Biasalah, apabila dengan orang sekeliling mereka paling banyak mengeluarkan perkataan. Jadi saya cepat terasa, tapi sebenarnya tiada apa pun. Saya okay sahaja,” katanya.

Ain berkata lagi, dia sudah reda di atas apa yang berlaku da menganggap PU Abu hanya sekadar pinjaman. Ain turut menjelaskan hubungannya bersama PU Abu dalam keadaan baik dan tidak bermusuhan.

 

sumber : rotikaya