Terjatuh ketika melompat Atas Kerbau, Mohd Syukur Di Kejarkan Ke Hospital.

Semasa

‘Budak kerbau’ Mohd Syukur masuk wad kecem4san

‘BUDAK kerbau’, Mohd Syukur Khamis, 14, dikejarkan ke Wad Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu kira-kira 9 malam ini selepas terjatuh ketika bermain dengan kerbaunya, petang tadi.

Mohd Syukur yang juga dikenali ‘Mowgli Malaysia’ dikatakan terjatuh ketika melompat dari belakang seekor kerbau untuk ke seekor kerbau lagi.

Sumber berkata, akibat insiden kira-kira 7 petang itu, Mohd Syukur termuntah sebanyak tiga kali sebelum dikejarkan ke HSNZ.

“Ketika ini dia sedang menjalani pemeriksaan bagi mengesan sebarang kecederaan yang berlaku,” katanya kepada Harian Metro, malam ini.

Image result for budak kerbau

Image result for budak kerbau

sejak usia empat tahun Moh Syukur sudah terbiasa mengikut bapanya, Khamis Jusoh, 63, ke kandang kerbau di Kampung Kubang Bujuk, Kuala Terengganu menyebabkan hubungannya dengan haiwan itu sangat rapat dan akrab.

Kebanyakan kerbau, lembu dan kambing yang akrab dengannya diberi nama seperti Awang, Wahab, Saat dan Boy dan haiwan ini boleh bergaul dengan Mohd Syukur seperti manusia, malah ada yang tidur bersamanya ketika kecil.

sumber : Harian Metro