Terjatvh dari katil, pelawak Kumin disahkan mninggal dunia

Sebentar tadi, pelawak Kumin atau nama sebenarnya Khuzaimi Ismail, 49 dilap0rkan mninggal dunia di kediamannya kira-kira jam 12 tengah hari.

Pelawak Kumin atau nama sebenar, Khuzami Ismail, 49, menghembuskan nafas ter4khir di rumahnya di Taman Lembah Maju, Ampang.

Menerusi Mstar, Exco Agama Persatuan Seniman Malaysia, Salman Al Farisi memaklumkan bahawa pelawak tersebut diberitahu berada dalam keadaan baik sebelum terjatvh daripada katil dan tidak sedarkan diri.

“Kami baharu mendapat perkhabaran sed1h itu sebentar tadi. Kami dalam perjalanan ke rumah sewanya di Pandan Indah untuk menguruskan jenazah.”

“Inn sya Allah jenazah akan dikebumikan selepas Asar. Apa-apa saya akan memaklumkan kemudian.”

Sementara itu, berita sed1h itu turut disahkan teman baik arw4h, Yank Kassim yang menerima panggilan daripada isteri Kumin kira-kira 30 minit lalu.

“Isteri arw4h memberitahu, dia keluar membeli barang di kedai pagi tadi. Sekembalinya ke rumah, dia mendapati Kumin terbaring di lantai dengan wajah kebiru-biruan.

Yank (kanan) mengesahkan berita pemergian arwah Kumin (kiri) selepas dihubungi isteri pelawak itu. Foto Ihsan Yank Kassim

“Setahu saya, arw4h sudah sihat selepas dimasukkan ke hospital, akhir Julai lalu akibat ses4k nafas, angin pasang dan air berlebihan dalam badan.

“Selain itu, arw4h berhadapan masalah pergerakan badan yang terhad,” kata Yank kepada BH Online.

Namun, ketika ini, Yank belum dapat memastikan bila dan di mana jenazah Allahy4rham akan dikebumikan.

“Saya masih menguruskan perkara ini,” katanya.

Masuk hospital 1 Ogos

Terdahulu, Kumin telah dimasukkan ke hospital pada 1 Ogos disebabkan anggota badan terasa kebas akibat serangan angin ahmar.

Dia telah dibawa oleh anggota bomba untuk ke hospital berikutan kondisinya yang tidak boleh bergerak dan terpaksa diangkat untuk menerima rawatan.

Aktif sejak era 1990-an, Kumin dan teman baiknya, Allahy4rham Bob Kuman pernah menubuhkan kumpulan duo dikenali sebagai KU2 yang cukup popular ketika itu.

Sepanjang bersama, KU2 menghasilkan empat album iaitu Motivasi pada 1994, Evolusi (1997), Album Baru Aku! (1999) dan The Best of KU2 (2001).

KUMPULAN KU2 Ditubuhkan pada awal tahun... - Malaysia Rock Legends | Facebook

Berbanding Allahy4rham Kuman yang banyak berlakon, Kumin memberi f0kus pada kerja belakang tabir dan menjadi pengurus produksi.

Arw4h dan isteri bagaimanapun tidak dikurniakan anak.

 

Sumber: Mstar, Berita Harian

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.