Terkini! KWSP lantik CEO baru bagi menggantikan Tunku Alizakri berkuatkuasa 1 Mac?

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuatkuasa 1 Mac 2021.

Perlantikan itu mendapat kelulusan Menteri Kewangan dan akan menggantikan Tunku Alizakri Alias yang menerajui KWSP sejak 20 Ogos 2018.

Bekas ketua pegawai eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Amir Hamzah Azizan. (Gambar Bernama)

Amir Hamzah mempunyai 25 tahun pengalaman dalam meneraju beberapa organisasi korporat.

Kerjayanya bermula apabila menyertai Kumpulan Shell dan seterusnya telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif beberapa organisasi korporat antaranya MISC Bhd, PETRONAS Dagangan Bhd, PETRONAS Lubricants International, Icon Offshore Bhd dan Themed Attractions Resorts and Hotels Sdn Bhd.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, berkata Tunku Alizakri akan meneruskan sumbangannya terhadap perkhidmatan awam melalui kapasiti yang berbeza.

Image result for kwsp ceo Tunku Alizakri (Gambar The Star)

“Dengan berat hati, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan ucapan selamat maju jaya kepada Tunku Alizakri atas dedikasi dan sumbangan beliau selama tujuh tahun, bermula sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Strategi) dan kemudian sebagai CEO KWSP.

“Wawasan serta komitmen Tunku Alizakri kepada semua pihak berkepentingan terutama ahli KWSP boleh dilihat melalui hala tuju KWSP dalam mempertingkatkan kecekapan operasinya melalui pecutan digital, mengguna pakai dasar dan tadbir urus alam sekitar (ESG) dan kelestarian (sustainability) sebagai metrik utama, serta memperkasakan keselamatan sosial dan kesejahteraan bagi rakyat,” katanya.

Ahmad Badri berkata, KWSP juga mengucapkan tahniah kepada Amir Hamzah di atas pelantikan itu.

Beliau berkata, Amir Hamzah akan membantu KWSP di kala mengharungi situasi ketika ini yang sangat kompleks dan mencabar dalam sejarah KWSP.

CEO TNB letak jawatan, jadi bos baharu KWSP

Image result for amir hamzah azizan

Bekas ketua pegawai eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Amir Hamzah Azizan dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang baharu.

Dalam kenyataan dikeluarkan KWSP, pelantikan Amir berkuatkuasa pada 1 Mac ini.

Pelantikan itu dibuat bagi menggantikan Tunku Alizakri Alias yang mengetuai KWSP pada Ogos 2018. Sebelum ini, Tunku Alizakri berdepan kritikan berhubung kenyataannya terhadap pengeluaran wang caruman pekerja.

Terdahulu, dalam laporan Bursa Malaysia TNB menyatakan Amir sudah meletakkan jawatannya selepas menerima pelantikan baharu yang dibuat oleh Kementerian Kewangan.

KWSP dalam kenyataan memetik Pengerusi TNB Ahmad Badri Mohd Zahir, turut berterima kasih atas sumbangan Tunku Alizakri, terhadap dedikasi dan perkhidmatannya sejak beberapa tahun ini.

“Bagi pihak KWSP, saya merakamkan penghargaan tulus ikhlas kepada Tunku Alizakri untuk perkhidmatan cemerlang beliau kepada KWSP dan mengharapkan yang terbaik untuknya di masa hadapan,” katanya.

Sumber: FMT, Malaysia News, Utusan Digital

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf