Terkini: (Video) 8 Raja-Raja Melayu Mula Bersidang di Istana Negara Mengenai Usul PM

ISTANA Negara hari ini menjadi tumpuan apabila Raja-Raja Melayu mengadakan pertemuan khas bagi membincangkan rancangan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat dalam menangani peningkatan jumlah kes Covid-19.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Ri’aytatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang tiba di Istana Negara pada 12.30 tengah hari, Ahad dijangka mempengerusikan mesyuarat tidak rasmi yang hanya melibatkan Raja-Raja pada pukul 2.30 petang.

Kenderaan membawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar tiba di Istana kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dilihat tiba di istana pada pukul 2.15 petang sementara Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah tiba pada jam 2.18 petang.

Anggota media dilihat berkumpul di Pintu 1 Istana Negara seawal jam 11 pagi, sementara yang lain menunggu di Pintu 2.

Sekitar jam 1 tengah hari, para pegawai Istana dilihat mengedarkan paket makanan percuma kepada petugas media yang sedang menunggu di luar Istana Negara.

Sultan Perak terakhir tiba di Istana Negara, 8 Raja Melayu mula bersidang

MGF25102020_MESYUARAT-RAJA-MELAYU_13-681x454 Kenderaan yang membawa Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tiba bagi menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Melayu di Istana Negara, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 25 OKTOBER 2020.

 

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menjadi Raja Melayu terakhir yang tiba di Istana Negara hari ini.

Kenderaan rasmi yang membawa baginda tiba pukul 2.30 petang bagi menghadiri pertemuan khas antara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah bersama Raja-Raja Melayu.

Raja Melayu yang pertama tiba adalah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada pukul 1.30 tengahari diikuti Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Seterusnya, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Tidak kelihatan, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Mesyuarat bagi membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan pandemik Covid-19.

Ia dijadualkan bermula pada pukul 2.30 petang dan hanya akan melibatkan Raja-Raja Melayu dan tidak akan melibatkan Yang di-Pertua Negeri atau mana-mana ahli politik.

 

Sumber:  The Star, MalaysiaGazette, BERNAMA

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.