Terlalu rindu Cik B & Kacak… bek4s suami Datuk Vida buat tvntutan hadanah

KOTA BHARU – Bek4s suami pertama usahawan kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida mend4kwa dia dihalang berjumpa dua anaknya, Edlynn Zamilleen, 15, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan,13, atau lebih dikenali sebagai Kacak.

Dua tahun tidak bertemu, bek4s suami kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman iaitu Mohd Amin Yasin meluahkan kerinduan terhadap dua anaknya.

Mohd Amin rindu dua anaknya. Foto: Malaysiakini

Mohd Amin, 42, berkata, dia terasa hati apabila haknya sebagai bapa din4fikan dan tidak diberi peluang untuk berhubung dengan kedua-dua anaknya itu.

Beliau mend4kwa, kali terakhir dia bertemu dua orang anaknya itu pada bulan Mei 2018 di ibu pejabat Vida Beauty Sdn. Bhd. di Ipoh, Perak dan perjumpaan itu berlangsung hanya selama 15 minit.

Menurutnya, dia mengakui bahawa amat merindui kedua-dua anaknya itu dan hanya mengetahui perkembangan terkini mereka melalui media sosial dan televisyen.

“Sebagai bapa, saya amat rindukan mereka. Saya tidak mahu hak penjagaan. Cukup sekadar dibenarkan untuk bertemu mereka berdua dalam tempoh yang singkat.

“Sebelum ini, saya ada menghubungi Cik B dan Kacak, namun tidak berjawab. Saya tidak pasti sama ada mereka sudah menukar nombor telefon atau sengaja tidak mahu mengangkat panggilan,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Syariah di sini hari ini.

Susulan daripada itu, Mohd. Amin selaku plaintif telah memfailkan tvntutan hadhanah iaitu hak lawatan, bermesra  dan bermalam untuk bertemu kedua-dua anaknya itu daripada Datuk Seri Vida sebagai def3ndan dua minggu lalu di Mahkamah Syariah di sini.

Mohd. Amin diwakili oleh Peguam Mohd. Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah.

Bagaimanapun, Datuk Seri Vida,49, tidak hadir dalam prosiding hari ini.

Mohd. Amin dalam linangan air mata turut mend4kwa, sebelum ini, dia hanya bertemu kedua-dua anaknya itu di kawasan pagar rumah Datuk Seri Vida di Meru, Ipoh atau di pusat beli-belah beberapa bulan sekali jika rindukan Cik B dan Kacak.

Anak hasil perkahwinan Vida dan Mohd Amin iaitu Cik B (kiri) dan Kacak (kanan).

“Dalam pengetahuan saya, mereka (Cik B dan Kacak) masih mengenali saya. Dalam pertemuan sebelum ini, mereka akan memelvk saya dan masih mengenali bapa kandung mereka.

“Itu sudah cukup buat saya. Bertemu dengan mereka sudah membuatkan saya gembira. Jika teringatkan mereka, hanya linangan air mata dan kenangan-kenangan lama kami bersama sebagai pengubat rindu,” ujarnya sebak.

Mohd. Amin berkahwin dengan Datuk Seri Vida pada 2000 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan.

Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie,11, dan Muhammad Edrie Zikrie,10, mninggal dunia dalam kej4dian kebak4ran di rumah Datuk Seri Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2013.

Mohd. Amin sah bercer4i dengan usahawan kosmetik itu pada tahun 2008 iaitu kira-kira lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Dia yang kini seorang peniaga gerai makan di Kampung Pasir Senor, Machang sudah berkahwin dengan Wan Rahimah Wan Abd. Rahman,53 pada bulan November dua tahun lalu.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty dalam pr0siding pengurusan kes menetapkan 25 November ini sebagai sebutan semula kes.

Menurut Abu Bakar, beliau tidak akan membuat sebarang keputusan hari ini sehingga mendengar dan dihadiri kedua-dua belah pihak.

Tambahnya, beliau juga meng4rahkan kedua-dua anak pla1ntif dan def3ndan turut hadir dalam prosiding tersebut.

 

Sumber: K! ONLINE

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf